Salam...
Apa khabar semua? Aku harap kalian semua sihat disamping keluarga tercinta.
Entry kali ni aku nak cerita pasal pelaburan jangka sederhana panjang. Korang dah beli ke belum saham di Bank Rakyat? Murah aje, RM500 (1 unit saham berharga RM1 ) untuk ahli baru dan kalau nak buat penambahan kena isi form dan hantar sekali dengan borang beli saham. Bank akan bagitau kita samada boleh buat penambahan atau tidak kelak.
Petikan dari akhbar tempatan;
KUALA LUMPUR – Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. (Bank Rakyat)  mengumumkan dividen tunai sebanyak 15 peratus.   Berita baik kepada seramai 794,199 ahli yang terdiri daripada individu    dan koperasi itu diumumkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri,    Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. 
“Sebanyak  RM299 juta dividen tunai itu  akan dibayar kepada semua ahli  pada 22  Februari nanti,” katanya bagi  mengumumkan Prestasi Kewangan Bank Rakyat  dan Dividen bagi tahun   berakhir 31 Disember 2009.
Nota dibawah adalah petikan dari bank rakyat 
| NOTIS PENTING SAHAM BANK RAKYAT | 12/4/11 | 
| Lanjutan  pengumuman penambahan saham Bank Rakyat baru-baru ini, pelanggan dan  mereka yang berminat boleh melanggan/mendapatkan saham ini di semua  cawangan Bank Rakyat di seluruh negara. Bagaimanapun, Bank Rakyat  TIDAK MELANTIK mana-mana INDIVIDU/SYARIKAT bagi mengedarkan borang,  mengutip wang tunai/cek bagi tujuan pemilikan saham ini.  Adalah dimaklumkan bahawa semua proses untuk memiliki SAHAM BANK RAKYAT hanya boleh dilakukan di CAWANGAN BANK RAKYAT SAHAJA. Sila  hubungi cawangan Bank Rakyat yang berhampiran anda untuk sebarang  pertanyaan atau hubungi pusat panggilan tele-Rakyat 1-300-88-1BANK  (12265). | |
Pengalaman aku...
Last week (12/04/2011) aku pergi cawangan bank rakyat di seksyen 14, PJ. Isi borang beli saham, borang buka akaun dan borang penambahan saham dengan kos RM515, yang mana RM500 untuk belian saham dan dikenakan RM5 untuk bayaran masuk. Selebihnya RM15 untuk buka akaun (untuk sesiapa yang tiada buku bank rakyat).
Untuk maklumat korang, perlu sediakan salinan ic sebanyak 4 salinan  (2 salinan utk beli saham, 1 salinan untuk penambahan saham dan 1 lagi untuk buka akaun).  
Proses untuk beli saham ni sekejap aje tak sampaipun10 minit, tapi bab menunggu tuh yang lama dekat 1jam 30 minit jugaklah. Mungkin tak lama bagi sesetengah orang. Apa apa pun terima kasih tak terhingga aku ucapkan pada bank rakyat sebab bagi peluang pada kami rakyat marhaen. 
Emmm... Kalaulah semua bank kat Malaysia ni bagi tawaran macam ni, kan best!
Usai segala urusan dibank rakyat dan kini sahlah aku sebagai pemegang saham bank rakyat!. Di bawah aku sertakan gambar sebagai bukti yang aku dah memliki saham...
Klik pada gambar untuk besarkan imej.