Soalan & Jawapan
PR1MA
1. Apa itu PR1MA?
PR1MA (Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia), adalah satu program Kerajaan untuk menggalakkan pemilikan rumah yang lebih meluas, terutama sekali di kalangan kumpulan gaji pertengahan, dengan menyediakan lebih banyak perumahan dengan harga berpatutan di bandar-bandar utama di seluruh negara.
2. Adakah PR1MA sebuah pemaju perumahan, penyelaras program atau pihak berkuasa bagi pembangunan-pembangunan perumahan tersebut.
PR1MA akan menjadi satu pihak berkuasa yang akan membangun, mengurus dan mengendali rumah mampu milik PR1MA yang dibina di bawah programnya.
Unit PR1MA, di bawah Jabatan Perdana Menteri, juga akan memberi sokongan dalam memperuntukkan rumah-rumah yang dibina oleh pihak swasta, yang telah menerima bantuan daripada Kerajaan.
Struktur organisasi PR1MA adalah tertakluk kepada keputusan dan kelulusan Kabinet serta akta yang berkaitan yang akan dibentangkan di Parlimen. Satu pengumuman rasmi akan dibuat kelak.
Pembangunan Terkini – Putrajaya Holdings Presint 11
3. Apakah pembangunan perumahan yang diperuntukkan oleh PR1MA buat masa ini?
Di bawah Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) yang dilancarkan pada 4 Julai 2011, sejumlah 560 rumah mampu milik akan diperuntukkan kepada pemohon yang layak (syarat kelayakan seperti di bawah) yang bekerja atau tinggal di Putrajaya dan merupakan pengundi berdaftar di Putrajaya.
PR1MA percaya semangat kepemilikan di kalangan pemilik rumah adalah amat penting, dan PR1MA ingin memupuk semangat ini di kalangan pemilik bukan sahaja terhadap rumah yang didiami malah komuniti di mana mereka tinggal. Pengundi di Putrajaya adalah berkemungkinan besar bermastautin Putrajaya. Dengan memperuntukkan rumah-rumah ini kepada mereka, PR1MA memupuk semangat kepemilikan dan kemasyarakatan yang lebih utuh di kalangan mereka.
4. Di manakah terletaknya perumahan tersebut?
Ia terletak di Presint 11, Putrajaya dan dibangunkan oleh Putrajaya Holdings Sdn Bhd (PJH).
5. Apakah saiz rumah-rumah yang diperuntukkan itu? Berapakah harga rumah-rumah tersebut?
420 unit rumah bersaiz 815 kaki persegi dengan harga RM120,000.00 setiap satu.
140 unit rumah berukuran 1,006 kaki persegi berharga RM150,000.00 setiap satu.
6. Bagaimana untuk memohon? (Sila rujuk prosedur-prosedur di bawah)
Calon-calon yang berminat boleh memohon didalam talian (klik di sini untuk borang permohonan)
Permohonan boleh dibuat didalam talian, serta di kiosk-kiosk di beberapa lokasi di Putrajaya: Pusat Maklumat Perbadanan Putrajaya, Kementerian Wilayah dan Kesejahteraan Bandar, Galeri Jualan Putrajaya Holdings.
Pendaftaran dibuka dari 30 September sehingga 13 Oktober 2011.
7. Bagaimana peruntukan akan dibuat?
Peruntukan akan dibuat melalui proses cabutan terbuka.
8. Bila dan di mana cabutan akan dilakukan? (Sila rujuk prosedur-prosedur di bawah)
Cabutan akan dilakukan pada 15 Oktober 2011 di Kompleks Kejiranan, Presint 11, Putrajaya. Syarat-syarat Kelayakan
9. Siapa yang layak untuk memohon untuk perumahan PR1MA?
Kewarganegaraan
Anda mestilah seorang warganegara Malaysia.
Umur
Anda mesti berumur 21 tahun semasa memohon.
Gaji
Gaji isi-rumah kasar tidak melebihi RM6,000 sebulan (suami dan isteri)
Pemilikan Rumah
Program ini terbuka kepada mereka yang hanya memiliki satu rumah di Malaysia, atau mereka yang belum lagi memiliki rumah di dalam negara.
Terma & Syarat
Pemohon mesti setuju untuk menyediakan dokumen-dokumen yang berkaitan, bagi tujuan penapisan.
Selepas peruntukan rumah, terdapat tempoh moratorium selama 10 tahun, dimana rumahrumah yang dipertuntukkan tidak boleh dijual atau dipindahmilik kepada mana-mana pihak
Rumah-rumah itu mesti didiami oleh pemilik – sebarang bentuk penyewaan tidak dibenarkan Prosedur
10. Bagaimana saya memohon untuk rumah PR1MA?
Pendaftaran
Calon mendaftar didalam talian.
Tiket bernombor siri akan diberi kepada pemohon apabila pendaftaran telah disahkan.
Tempoh memohon ialah selama 14 hari.
Cabutan
Cabutan akan dilakukan pada tarikh yang tertera. (NB: Calon tidak dimestikan hadir namum kehadiran adalah dialu-alukan)
Pemohon yang terpilih akan diberitahu melalui surat dan akan diminta untuk menyediakan dokumen-dokumen yang berkaitan bagi tujuan penapisan, di suatu masa yang akan ditentukan kelak.
Pengumuman
Notis terakhir akan dikeluarkan oleh Unit PR1MA, Pejabat Perdana Menteri kepada pemohon yang berjaya.
11. Bagaimana rumah PR1MA akan diperuntukkan?
Rumah PR1MA akan diperuntukkan melalui proses cabutan yang telus dan terbuka, yang adil bagi semua pemohon yang layak.
Setiap proses cabutan akan dipantau oleh firma akauntan bertauliah, yang juga akan mengendalikan audit yang kerap untuk memastikan proses permohonan adalah telus dan mematuhi piawaian dan prosedur.
12. Adakah PR1MA akan menawarkan kediaman-kediaman yang serupa di tempat lain?
PR1MA akan mengumumkan kediaman-kediaman serupa di lokasi-lokasi lain, berserta dengan syarat-syarat kelayakan dan prosedur-prosedur tertentu bagi projek-projek tersebut, apabila tiba masanya nanti.
Merancang Kewangan
13. Adakah PR1MA akan memberikan pinjaman kepada pemohon yang Berjaya?
PR1MA tidak menyediakan pinjaman kepada pembeli.
Pemohon perlu membuat perancangan pinjaman mereka sendiri.
Pihak pemaju akan menyediakan senarai bank-bank / institusi-institusi kewangan panel.
Sumber