“Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk, maka baginya ada pahala yang sama dengan pahala orang yang mengikutinya dan tidak dikurangi sedikitpun juga dari pahala-pahala mereka.” (HR Muslim)

HOME LOAN CALCULATOR

Jom Seminar

Friday, May 21, 2010

Berhati hati dengan Internet Banking

Salam Semua...

Kali ini aku nak bagitau pasal SPAM mail yang aku dapat semalam berkenaan internet banking. Pada bahagian bawah aku klik untuk ke link yang disambungkan. Lihat gambar untuk lebih jelas.

Gambar-gambar dibawah adalah percubaan untuk melihat sendiri perbezaan antara web site internet banking yang betul dan salah. Perhatikan baik-baik dan berwaspadalah dengan email sebegini.
                                                         
Gambar dibawah adalah web site palsu

Friday, May 14, 2010

Doa Hindarkan Segala Kemudaratan...

Salam Semua...

Petikan dibawah diambil dari Darussyifa'. Semoga kita semua mendapat berkat dan manfaat.

DOA YANG SANGAT WAJAR DIAMALKAN DI ZAMAN INI (AYAT PENGERAK)

Oleh: Ismail bin Abu Bakar

Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut;

Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut.
Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;


Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut;

1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
3. Berbahaya
4. Melarat, Bertambah Payah


Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;

1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3. Selamat dari bahaya.
4. Tidak melarat, Menjadi Senang.

Keberuntungan beramal dengan doa ini;

Terhindar Daripada Bahaya
Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;


• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.


• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.


Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.

Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan
Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.

Terhindar Daripada Sihir
Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.

Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.

Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.

Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.

Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus
Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.

Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.

Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.

Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya, insya'Allah.

Sumber dipetik dari sini

Thursday, May 13, 2010

Selamat Hari Guru


Salam Semua...


Aku nak ucapkan selamat hari guru kepada semua guru-guru yang mengajar aku dari tadika sampailah habis belajar. Sempena sambutan hari guru pada 16/Mei/2010 ini, aku harap semua guru yang ada dapat memberi tunjuk ajar dan bimbingan yang berguna kepada anak bangsa kita, moga jadi insan berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Tanpa guru siapalah kami...


Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

P/s: Selamat Hari Guru kepada dua abang ipar aku dan sorang bakal kakak ipar.

Wednesday, May 12, 2010

Chickenpox @ Cacar Air...

Salam Semua...

Hari Selasa minggu lepas  anak aku Izz Haris, tak sihat sebab kat badan die timbul bintik bintik merah dan kitorang pergi klinik permaisuri, Cheras. Doc kata dia kena chicken pox atau cacar air dan dapat ubat anti-viral untuk elakkan dari terus merebak..
Sebenarnya anak aku terkena jangkitan ni daripada budak-budak yang mak mentua aku jaga kat rumah. Dah 2 orang yang kena, jadinya anak aku yang ketigalah. Aku ingat chickenpox nih tak berjangkit...

Gambar Hiasan

Kesian anak abah...
Emm..Yang bagusnya Izz tak demam cuma merengek sikit-sikit. Inya'Allah sikit hari lagi baiklah tuh..

Kat bawah ni ada cerita sikit pasal chickenpox untuk panduan korang yang aku ambil dari internet...
---------------------------------------------------------------------------------------------------

Chicken pox juga dikenali sebagai cacar air, jintungan atau bertih (mengikut dialek daerah).
Ia disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan amat mudah berjangkit. Ia
berlaku pada semua peringkat umur, biasanya pada kanak-kanak. Ia lebih teruk sekiranya
berlaku kepada orang dewasa. Rebakan adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada
orang dijangkiti. Rebakan juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti
pada pakaian atau tuala dari penghidap chicken pox.
Pengidap chicken pox boleh merebakan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan
boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping.
Kayap (herpes zoster) ialah infeksi dari virus yang sama dan berlaku pada di masa hadapan
(umur dewasa).

Tanda dan Gejala
Pengidap chicken pox akan mengalami demam dengan bintik-bintik merah pada kulit.
Kawasan bintik-bintik merah melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh
tubuh. Ruam chiken pox akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku.
Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh
mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi
air pecah ia menjadi kering dan berkeruping. Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan
pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut.

Gejala lain ialah sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan
terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair dua hari sebelum bintik-bintik
merah timbul.

Komplikasi
Ruam atau cacar air Chickenpox akan berkurangan dalam jangka masa 2 minggu dan
biasanya tiada komplikasi. Adakala penyakit boleh jadi teruk walaupun pada kanak-kanak
yang sihat dan mengakibatkan komplikasi teruk termasuklah kematian. Kumpulan berisiko
untuk jangkitan serta mendapat komplikasi teruk:

• Bayi baru lahir, di mana ibu tidak penah mengidap chicken pox atau pelalian chicken pox.
• Ibu mengandung menyebabkan kesan pada bayi dalam kandungan seperti tak cukup berat
dan kecacatan anggota boleh berlaku. Sekiranya ibu mengidap chickenpox seminggu sebelum
kelahiran, ia boleh menyebabkan jangkitan serius serta membahayakan nyawa pada bayi.
• Orang yang lemah atau kurang daya tahan akibat penyakit lain seperti HIV, barah sumsum
tulang (leukaemia) dan pesakit kanser dalam rawatan kemoterapi. Orang yang mengambil
steroid berpanjangan pesakit asma dan sindrom nefrotik.
• Penghidap sakit radangan kulit (inflammation eczema).

Komplikasi akibat chicken pox:
• Jangkitan kulit- menjadi lebam merah, bengkak dan sakit. Dehidrasi akibat muntah
berterusan atau tidak minum air. Tanda dehidrasi ialah kurang kencing, mulut kering dan
dahaga.
• Kerosakan otak akibat radangan otak. Tanda-tanda radangan otak ialah sakit kepala teruk,
keliru, mudah marah, leher keras dan belakang mengeras serta tidak sedarkan diri.
• Radang sendi- sendi menjadi sakit, kejang dan bengkak
• Jangkitan paru-paru (Pneumonia)- tanda-tanda seperti batuk, susah bernafas, pernafasan
berbunyi (wheezing) dan sakit dada.

Rawatan
1. Ubatan anti-viral :
Acyclovir atau immuno globulin diguna untuk merawat chicken pox. Rawatan amat
berkesan sekiranya diambil segera dalam tempoh 24 jam dijangkiti. Ia akan
mengurangkan keterukan dan komplikasi akibat chicken pox. Semua orang dewasa
mendapat kebaikan dari rawatan antiviral di awal penyakit terutama yang kurang
sistem daya tahan (orang lanjut usia, pesakit diabetes, pengidap HIV& AIDS serta
rawatan steroid).

2. Rawatan antibiotik
Komplikasi akibat chicken pox ; radangan kulit dan radangan paru-paru memerlukan
rawatan antibiotik. Pesakit yang mendapat radang otak hendaklah dimasukkan ke
hospital untuk rawatan antivirus.

3. Rawatan di rumah
• Sapu losyen calamine.
• Ubatan antihistamin kurangkan gatal-gatal
• Panadol untuk demam

Pencegahan
Pelalian memberi ketahanan sepanjang hayat, diberi pada umur 12-18 bulan. Pemberian
pelalian- bawah umur 13 tahun terima hanya 1 dos, selepas umur 13 tahun. 2 dos, selang
masa 4-8 minggu antara dos 1 dengan dos 2. Pelalian aktif diberi kepada kanak-kanak
berisiko (antara 1- 5 tahun) sekiranya ahli keluarga ada chiken pox. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...