“Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk, maka baginya ada pahala yang sama dengan pahala orang yang mengikutinya dan tidak dikurangi sedikitpun juga dari pahala-pahala mereka.” (HR Muslim)

HOME LOAN CALCULATOR

Jom Seminar

Wednesday, December 29, 2010

Buatlah Renungan Kendiri

Salam semua...

Aku ada baca dari satu blog nih... Sangat sesuai untuk santapan minda. Ada satu renungan yang aku ambil dari blog ini untuk kita fikir-fikirkan. Mungkin kita terlepas pandang hal ini. Tepuk dada tanya selera.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Buatlah Renungan Kendiri

Jika akhir-akhir ini diri kita berasa semakin jauhhhh daripada tarbiyyah dan orang-orang soleh.......(sedangkan dulunya kita agak/ memang rapat dengan kedua-duanya)....... maksudnya ada sesuatu yang tidak kena dengan kehidupan kita. Mari 'check' amal-amal kita... (yang telah kita buat dan yang sedang kita buat) ....... mungkin ada jawapannya.
Sebaliknya... jika akhi-akhir ini berasa diri semakin rapat dengan tarbiyyah & orang-orang soleh... maksdnya Tuhan sedang mnghalakan kita ke jalan-Nya. Ambil masa dan buat renungan kendiri... ke mana & di mana kita akhir-akhir ini...Tidak sekadar merenung... bertindaklah!
* Ini salah satu cara saya bermuhasabah. Mungkin berkesan juga untuk tuan-tuan.

Wednesday, December 1, 2010

Gadai Nyawa Demi Isteri

Salam Semua...

Terharu aku baca dari paper tentang pengorbanan seorang suami ke atas isterinya. Cerita ni sangat baik untuk jadikan tauladan kepada kita semua. Semoga roh arwah dicucuri rahmat.. Al-fatihah..

KUALA TERENGGANU: Demi menyelamatkan isterinya, seorang penoreh getah sanggup menggadaikan nyawa apabila merelakan dirinya disengat ribuan lebah sehingga dia terbunuh dalam kejadian di Kampung Tanah Lot, Pasir Gajah, Kemaman, kelmarin.

Akibat kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, Ali Din, 54, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Kemaman manakala isterinya, Khersiyah Engku Hassan, 51, turut cedera dan dimasukkan ke wad selepas terdapat 102 kesan sengatan pada badannya.

Kejadian berlaku ketika pasangan suami isteri itu berjalan kaki pulang ke rumah selepas selesai menoreh getah di kebun milik mereka sebelum seekor lebah tiba-tiba menyengat pipi Khersiyah.

Secara spontan, Khersiyah menampar lebah di pipinya hingga serangga itu mati, namun selang beberapa saat kemudian ribuan lebah muncul dan menyerang pasangan itu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat berkata, dalam keadaan kelam-kabut dan kesakitan, pasangan itu lari mendapatkan bantuan pekerja asing di rumah kongsi tidak jauh dari situ.

Menurutnya, kumpulan pekerja asing itu menyerahkan selimut kepada Ali dan Khersiyah sebelum mereka turut melarikan diri ke semak berhampiran akibat disengat.

“Selepas mendapat selimut, si suami menyelimuti isterinya, tapi mereka terus berlari hingga si suami akhirnya terjatuh. Si isteri
cuba membantu, tapi suaminya menyuruh dia terus lari menyelamatkan diri.

“Kebetulan, ada satu tong besar berisi air tidak jauh dari situ dan suami menyuruh isterinya menuju ke tong itu dan menyelam bagi mengelak terus disengat,” katanya.

Beliau berkata, biarpun keberatan, Khersiyah akur arahan suaminya dan tindakan itu menyelamatkan nyawanya manakala Ali terus disengat ribuan lebah hingga tidak sedarkan diri.

Menurut Abdullah Sani, selepas keadaan agak terkawal Khersiyah pulang ke rumahnya dan mendapatkan bantuan ahli keluarga.

Katanya, seorang adik ipar Khersiyah segera membantu wanita itu dan turut bergegas ke tempat Ali terlantar tidak sedarkan diri sebelum membawa mereka berdua ke Hospital Kemaman. “Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital dan dia menghembuskan nafas terakhir di atas riba isterinya,” katanya. Abdullah Sani berkata, hasil bedah siasat, doktor mengesahkan Ali meninggal dunia disebabkan mengalami alahan pada sengatan lebah manakala isterinya yang mempunyai 102 kesan sengatan di badan masukkan ke wad sebelum dibenarkan keluar pagi semalam.

Menurutnya, jenazah Din sudah dituntut anggota keluarganya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pasir Gajah di sini, kira-kira jam 11 pagi semalam.
sumber asal: Klik sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...