“Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk, maka baginya ada pahala yang sama dengan pahala orang yang mengikutinya dan tidak dikurangi sedikitpun juga dari pahala-pahala mereka.” (HR Muslim)

HOME LOAN CALCULATOR

Jom Seminar

Tuesday, June 21, 2011

Utusan Hina Islam!... Boikot

Salam Semua...

Aku tak tau kenapa boleh jadi macam ni... bertambah pelik lagi ajaib negara kita, Islam agama rasmi. Jadi takkan takde sesiapa yang perasan dari pihak utusan sendiri. Atau diorang dah kurang kesedaran tentang isu agama. Tepuk dada tanya selera!

Bacalah keratan dari utusan sendiri!


1. Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan mengecam sekeras-kerasnya akhbar Utusan Malaysia yang menyiarkan satu kartun yang disifatkan menghina Islam dan ketetapan syariah pada hari ini 15 Jun 2011 di halaman 15.

2. Lakaran kartun tersebut jelas sekali memperlekehkan aspek sistem keadilan di dalam Islam dengan memaparkan seorang wanita yang mendakwa dirogol dan diminta mendatangkan 4 orang saksi serta ditolak bukti melalui rakaman videonya. Jelas sekali mesej yang ingin disampaikan oleh rakaman tersebut ialah betapa zalim dan primitifnya Islam yang menggariskan syarat empat orang saksi lelaki yang adil di dalam penghakiman kes zina serta liwat dan rogol.

3. Perlu diingatkan bahawa, penentuan ini bukan dibuat oleh mana-mana pemimpin pembangkang khususnya PAS seperti yang mungkin ingin disampaikan melalui kartun tersebut, tetapi ia dibuat melalui firman Allah SWT yang bermaksud : Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik (Surah an-Nur, ayat 4)

4. Tujuan dari hukuman sebat dikenakan ialah untuk memelihara maruah orang yang dituduh yang telah dicemarkan nama baiknya dengan tuduhan zina (termasuk juga rogol dan liwat). Dalam kes seorang wanita yang mendakwa dirinya dirogol, pengadu juga wajib membawa empat orang saksi yang melihat perkara tersebut. Bagaimanapun, jika saksi tidak dapat dibawa, video atau apa jua bukti yang lain yang disebut sebagai qarinah boleh diterima namun perlulah dibuat secara tertutup tanpa sebarang hebahan kepada masyarakat awam kerana tuduhan masih belum dibuktikan. Tuduhan dan bukti-bukti tersebut hendaklah dibicara dengan di dalam mahkamah di hadapan hakim yang berautoriti. Justeru, video dan apa jua bukti tetap boleh diterima sebagai bukti untuk dibicarakan di mahkamah tetapi ia tidak mutlak sebagaimana empat orang saksi yang adil. Ia tidak boleh dijadikan rujukan asas kerana ia boleh dimanipulasi dan terdedah kepada rekaan dan pengubahsuaian. Adapun senario yang berlaku pada hari ini ialah kecenderungan untuk menjadikan rakaman video sebagai bukti asas tanpa melalui penghakiman dan perbicaraan yang sepatunya.

5. Inilah hukum Islam. Ia menjaga hak orang yang menuduh (serta mangsa) dan juga menjaga hak orang yang dituduh. Jika Hanya orang menuduh mempunyai hak, sesiapa sahaja berhak untuk tampil mendakwa dirinya dirogol dengan membawa bukti yang direka-reka, sementara menunggu perbicaraan bermula, si tertuduh telah diaibkan dan dijatuhkan maruahnya.

6. Malangnya, akhbar seperti Utusan
Malaysia yang mendakwa membela Islam pula yang menjatuhkan maruah Islam dan memperlekehkan aspek penghakiman dalam kes zina/rogol dengan menyiarkan lakaran kartun seperti ini.

7. Justeru, DPPNK menuntut supaya Utusan
Malaysia menarik balik lakaran kartun ini dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam di Malaysia di atas kebiadapan menghina Islam dan sistem perundangannya. Utusan Malaysia juga sewajarnya layak diisytiharkan sebagai akhbar biadap yang paling bangsat di Malaysia di atas penyiaran lakaran kartun ini.

Sekian, wassalam.


AHMAD FADHLI BIN SHAARI,
Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK)

Sunday, June 19, 2011

Games Yang Menghina Islam! (Wajib Baca!) Part 2

 Sambungan dari part1

Games Yang Menghina Islam! (Wajib Baca!) Part 2

9) Dante's Inferno


Dante’s Inferno adalah game mengenai seorang karakter yang ingin menamatkan misinya yang dilakukan dalam neraka membolehkan pemain membuat pilihan sama ada mahu memusnah atau menyucikan roh manusia dikutuk menggunakan cahaya salib untuk dihantar ke syurga. Game ini menggunakan tempat neraka yang diilustrasikan terbahagi kepada sembilan tingkat lingkaran (Circles Of Hell) dengan mengikut dosa pada setiap manusia, seperti Lust, Gluttony, Greed, Anger, Violence, dan lain sebagainya. Dante adalah karakter yang di adaptasikan dari nama Dante Alighieri, seorang penyair abad ke-14, iaitu seorang pejuang di masa Perang Salib III.


Jadi apa yang tak kena dengan game ni?. Game ni sebenarnya telah meletakkan Nabi Muhammad SAW ke dalam Neraka!!!.

Menurut dari website Gameslatest: Middle East avoids Dante’s Inferno (Post ni sekarang dah kena delete) =(

Menurut dari website Gameslatest di atas bahawa Timur Tengah telah mengharamkan game Dante's Inferno yang diterbitkan dari syarikat game terbesar iaitu EA Games kerana "keutamaan selera pelanggan, campuran platform dan faktor lain". Faktor lain? ya, faktor lain seperti penyair Dante (pejuang zaman perang salib III), menempatkan Nabi Muhammad, nabi palsu dalam lubang neraka. Mengapa Islam ingin membantu mempromosikan di kalangan pengikut-pengikutnya satu videogame yang berdasarkan Divine Comedy nabi palsu yang menempatkan mereka di neraka?. Berdasarkan maksud tersirat pada "sajak suci" ianya dari Inferno Canto XXVIII:

No barrel, even though it's lost a hoop
or end- piece, ever gapes as one whom I
saw ripped right from his chin to where we fart:
his bowels hung between his legs, one saw
his vitals and the miserable sack
that makes of what we swallow excrement.
While I was all intent on watching him,
he looked at me, and with his hands he spread
his chest and said: "See how I split myself!
See now how maimed Mohammed is! And he
who walks and weeps before me is Ali,
whose face is opened wide from chin to forelock.
And all the others here whom you can see
were, when alive, the sowers of dissension
and scandal, and for this they now are split.
Behind us here, a devil decks us out
so cruelly, re-placing every one
of this throng underneath the sword edge when
we've made our way around the road of pain,
because our wounds have closed again before
we have returned to meet his blade once more.
But who are you who dawdle on this ridge,
perhaps to slow your going to the verdict
that was pronounced on your self-accusations?
"Death has not reached him yet," my master answered,
"nor is it guilt that summons him to torment;
but that he may gain full experience,
I, who am dead, must guide him here below,
to circle after circle, throughout Hell:
this is as true as that I speak to you."
Inferno XXVIII

Ada sesiapa paham tak? XLAWS serius tak paham. Kalau paham kongsi la kat sini ye. Ada la maksud tersirat di dalam tu... 

"See how I split myself!"
"See now how maimed Mohammed is!"

Dante Alighieri (1265-1321), sasterawan besar Italy, dalam Inferno-nya mengatakan bahawa Nabi Muhammad dan sahabat Baginda, Ali bin Abi Talib, dihumbankan ke dalam neraka tingkat ke lapan, kerana ia telah memecah belah masyarakat dengan ajarannya dan menabur kekejian selama hidupnya.

Inferno XXVIII, 19-42.

The poets are in the ninth chasm of the eighth circle, that of the Sowers of Discord, whose punishment is to be mutilated. Mahomet shows his entrails to Dante and Virgil while on the left stands his son Ali, his head cleft from chin to forelock.

Gambaran ilustrasi di atas adalah yang diambil dari salah satu lukisan-lukisan dalam pelbagai manuskrip yang tersimpan di perpustakaan-perpustakaan besar di dunia termasuk ada yang telahpun membuat satu filem bisu pada tahun 1911 (The 1911 Italian silent film L’Inferno contained a dramatization of the scene; Mohammed is shown with his entrails hanging out).

Jadi game Dante's Inferno ni telah menerapkan nilai-nilai negatif dan berunsur penghinaan kepada umat Islam sedunia dari sajak Dante Alighieri. Ianya sungguh membimbangkan walaupun ia sekadar permainan, namun memberi kesan di bawah sedar terhadap kepada sesiapa yang main game tersebut dan ianya haram dibeli dan haram dimainkan oleh orang Islam. Generasi muda dinasihatkan supaya berhati-hati dengan permainan terbabit yang boleh menyebabkan kerosakan akidah.

Note: Inilah kajian yang dibuat oleh XLAWS sendiri pada game ni. Kalau XLAWS ada tersilap pasal info ni sila beritahu ye! =D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...