“Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk, maka baginya ada pahala yang sama dengan pahala orang yang mengikutinya dan tidak dikurangi sedikitpun juga dari pahala-pahala mereka.” (HR Muslim)

HOME LOAN CALCULATOR

Jom Seminar

Friday, March 26, 2010

Tips for car accident

Salam...

This can help you if you're involved in car accident:
  1. Calm down, don't panic, park at emergency lane and turn on emergency signal lamp ..
  2. Check if you're injured or not
  3. Call any friend or relative and inform the matter.
  4. Contact car insurance. 


Others tip pick this link

Jiwa raga.. Bahasa jiwa bangsa!

Salam...

Tadi member aku tanye ape maksud RAGA tuh!..
Contoh: Sepak raga, Jiwa raga, Olah raga dsb

RAGA yang aku tau ialah....





  • Raga = bakul










  • Ragaa! = tamil music










  • Jiwa raga = jiwa dan badan










  • Sepak raga = sepak terajang.. aku tak tau!










  • Olah raga = mengolah daun ketupat sampai jadi raga/bakul. haha...tak tau jugak!









  • Kepada kawan-kawan sumer tuliskan makna yang korang tau!

    1. Jiwa raga =
    2. Olah raga =
    3. Sepak raga =
    4. Raga  =
    5. Memperagakan =
    Selamat mencuba dan sila berlaku jujur yer!
    Amaran: Jangan klik link dibawah selagi tak jawab soklan terlebih dulu.

    Rujukan boleh buat disini

    Wednesday, March 24, 2010

    Tulisan Jawi...

    Assalamualaikum

    Kepada semua, kali ni aku saje nak tanye korang boleh tak baca tulisan jawi nih!
    terjemahan akan dihantar kelak..


    توليسن اوردو دان نصيب توليسن جاوي


    اورڠ ﺇسلام مليسيا ساڠت براونتوڠ کران اد ڤنکنن بلاجر بهاس عرب دمليسيا. اورڠ مسلم مليسيا لبيه موده بلاجر بهاس عرب کران مريک اد توليسن يڠ دأمبيل دري ابجد عرب سام سڤرتي توليسن اوردو، کات ڤنوليس
    نمڤقڽ قاعده مڠيجا اد ڤرساماٴن دڠن ايجاٴن جاوي. ڤرکاتاٴندترجمھکن دڠن ا-ي-ن دان دالم ايجاٴن جاوي ڤرکاتاٴن دترجمھ ع-ن-د.
    مڠولس مڠناٴي توليسن اوردو، سأورڠ اکاونتن بڠک دري لاھور، ڤاکيستان، بھاوا توليسن ايت منجادي توليسن راسمي نگارا ڤاکيستان دان دگوناکن سچارا ملواس دﺃفخانيستان، بنجلاديش، اينديا دان کشمير. لبيه 100 جوتا ڤندودوق سکيتر اسيا سلاتن ترماسوق کيرا٢ ساتو ڤراتوس داسيا تڠه.
    داينديا، کاتاڽ بهاس دان توليسن اوردو اداله انتارا 24 بهاس دان توليسن اوتام يڠ دگونا ڤاکاي دنگارا ايت
    بربنديڠ توليسن جاوي، توليسن اوردو ممڤوڽاٴي راماي ڤڠمل دان ساڠت لواس کاوسن ڤڠگوناڽ. حال ايت، مڽببکن باڽق اخبار برتوليسن اوردو دتربيتکن حتى دعرب سعودي اد اخبار بهاس عرب ممبوات سيسيڤن توليسن اوردو. سباليقڽ توليسن جاوي دگوناکن اوليه تيدق سمڤاي سڤاروه درڤد رعيت مليسيا.
    ڤد هاري اين، تيدق اد سبواه اخبار ڤون يڠ دتربيتکن دالم توليسن جاوي ستله براخيرڽ رواية هيدوڤ اخبار اوتوسن ملايو ميڠگوان يڠ مونچول سباگاي ڤڽامبوڠ حيات هارين اوتوسن ملايو دالم ميڠگوان اوتوسن زمان.
    سڤرتي مان درامل کباڽقن توکوه بهاس دان بودايا ملايو، تيدق سياڤا ڤون يڠ اکن مناڠيسي کڤوڤوسن اخبار جاوي کران اي تله دمولاٴي دڠن کڤوڤوسن توليسن جاوي دکالڠن اومت ملايو. اورڠ يڠ مراس سديه دان هيبا اياله گينراسي ملايو يڠ هيدوڤ دالم زمان ڤرامرديک يڠ دبسرکن دڠن اخبار جاوي ايت.
    توليسن اوردو دان جاوي تيدق سام نصيبڽ. توليسن اوردو يڠ راماي ڤڠملڽ تيدق داڤت ‘دمامه’ ڤڠاروه بارت، تتاڤي توليسن جاوي يڠ ڤڠملڽ مينوريتي دتانه اٴيرڽ سنديري، دڠن موده داڤت ‘دتلن’ دان دهاڤوسکن اوليه تاڠن انق٢ ديديقن سي ڤنجاجه ايت.
    ڤتيقن : بريتا ميڠگو









    Tuesday, March 23, 2010

    Campaign for Earth Hour

    Salam...

    To all member, please support 'Earth Hour Campaign' on this coming Saturday 27 March 2010.
    You can support Earth Hour by:


    1. Turning off your lights at 8.30PM on March 27
    2. Pledge your support towards Earth Hour 2010!
    3. Showing your support and adding yourself to our world map
    4. Adding Earth Hour widgets, logos and banners to your blog or website to help us spread the word
    5. Download e-cards and send them to your friends & family or share it on your social network
    6. Download the poster pack and posters* especially designed by Vine House Productions and spread the word to colleagues, business partners, friends and family.
    7. Talking about Earth Hour in your social network by updating your Social Network grabbing a Twibbon,  tweeting about your support, and more
    8. Get together with your friends and family, by hosting an Earth Hour party or holding your own candlelit affair
    9. Rally your local council or community group to run an Earth Hour event for your community
    10. Encourage your employer and workmates to take part in Earth Hour and make energy savings every day
    11. Make an Earth Hour Lantern as a symbol of hope for the future
    12. Be creative! Find a new way to mark Earth Hour and let us know all about it!

    Please see detail info at here and here!

    Friday, March 19, 2010

    Trip toMalaysia...

    Salam...

    To all have a look at this link or here for all destination you're prefer to go.
    have a nice trip.

    Tazkirah Jumaat

    Salam semua

    Untuk tatapan di hari mulia ini..

    "Apabila kamu mengambil nikmat dunia sekadar keperluan sahaja, pasti Allah mengasihimu. Apabila kamu menahan diri dari meminta apa yang ada di tangan manusia, pasti manusia akan mengasihimu."
    (Hadith Riwayat Ibnu Majah)
    Hadith ke 31 dari Hadith 40

    Daripada Anas r.a. bekata, Rasulullah saw. bersabda, "Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api”. H.R. Tirmizi

    Thursday, March 18, 2010

    Please Clean Your Tongue..

    The surface of your tongue is one of the breeding grounds of the bacteria that attack your teeth and gums.
    The bacteria and fungi that grow on the tongue are related to many common oral care and general health problems. 
    In addition, decaying bacteria produce volatile sulphur compounds on the rear of the tongue; these molecules are the main cause of halitosis, or bad breath. Fortunately, cleaning your tongue can make all the difference (that is, of course, if you also brush and floss twice a day). 


    To clean your tongue, brush the entire surface with a clean toothbrush, applying light pressure from the back of the tongue to the front. Alternatively, take a good length of floss and wrap each end around your middle fingers. Apply downward pressure with your index fingers and drag the floss from the back to the front of your tongue several times. Rinse the floss in between scrapings. or you can use a tongue cleaner (also called a tongue scraper) is an oral hygiene device designed to clean the bacterial build-up, food debris, fungi, and dead cells from the surface of the tongue. Tongue cleaners lift and remove these materials from the tongue surface. The tongue cleaner should be used before using tooth brush in the morning, and not after.

    Source from here 

    Tuesday, March 16, 2010

    Pengesahan Sijil Halal

    Assalamualaikum...


    Kebelakangan ini status pengesahan sijil halal macam dipermain-mainkan oleh sesetengah syarikat pengeluar makanan. Jadi marilah kita sama-sama ambil peduli pasal halal haram ni dan cuba fahami betul-betul logo halal yang sebenar agar tidak terkeliru.



    Logo halal bermaksud logo yang dikeluarkan oleh JAKIM/ JAIN/ MAIN dan mengandungi:

    Logo Halal Malaysia:
    a) bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan;
    b) perkataan Arab – “حلآل” di tengah bintang;
    c) diikuti tulisan rumi “HALAL”;
    d) bulatan logo tertulis perkataan “Malaysia” dalam tulisan Rumi dan ماليزيا   dalam perkataan Arab;
    e) dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut.

    Sumber dari sini atau sini dan sini untuk ketahui status
    halal dengan memasukkan Nombor Kod Bar.
     

    Friday, March 12, 2010

    Download MP3 Percuma... Semua Ada!

    Salam semua,


    Kepada:

    Rakan taulan
    Sahabat handai
    Jiran tetangga
    Ibu- ibu
    Bapak-bapak.
    Siapa yang mahu bantu tolong aku
    Lalalalalala....

    Klik sini atau sini untuk download MP3 percuma...
    Terhangat dipasaran!
    Baik punya!

    Thursday, March 11, 2010

    Cerita Panas...Kes kene Terjah!

    Salam semua...


    Aku saje nak letak tajuk sensasi supaya korang teruja nak baca entry aku kali nih. haha...

    Ni adalah aksi-aksi anak aku yang sekarang nih tak boleh duk diam, ade jer bende nak dibuat walhal berjalanpun belum pandai lagi.. Sian.. sabar yer.
    Gambar Pertama: 
    Izz mensasarkan target untuk mencapai makanan di atas meja yang nampak menyelerakan. Dengan berlapikkan kusyen memudahkan lagi kerja memanjat. 


    Gambar Kedua:
    Pandang belakang dulu sebelum panjat, check line clear ker tak. Emm cam tau jer buat salah.
    Opss! kantoi, abah nampak.

    Gambar Ketiga:
    Dah kantoi..Dengan muke selambe dan tak rase bersalah boleh plak nak sound sound abah die. Payah nau bebudak zaman skang nih!

    Rasulullah saw bersabda : 
    " Ajarilah anak-anak kecilmu kalimah Laa ilaaha illallah sewaktu ia mulai berbicara dan tuntunlah mereka untuk membaca Laa ilaaha illallah sewaktu menghadapi kematian."

    Juga...
    "Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar."
    (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64 : 15)


    Tuesday, March 9, 2010

    Transit...

    Assalamualaikum...

    Apa  khabar semua.. sihat kan!
    Sekarang ni aku n family akan jadikan umah mak mertua aku kat bandar tun razak sebagai transit untuk seketika (lame!). Aku sebenarnya tinggal kat Shah Alam Seksyen 30 kerja kat pj, wife aku pulak kat kl. So, jauhlah nak berulang alik dari umah ke tempat kerja, sementelah adik aku dah taknak jaga anak aku yang baru jer masuk usia setahun. Sebabnya die nak tumpukan sepenuh masa sebagai tukang jahit pakaian wanita. Emm...kene carik pangasuh atau nurserylah nampaknya..

    Oleh kerana mak mertua aku memang dari dulu dah jaga budak dan diepun macam beria-ria jer (yeke!) nak jaga anak aku, jadi inilah jalan terakhir kitorang buat sementara menanti wife aku bersalain anak kedua (jangkaan bulan 6 ni). Lepas nih barulah kitorang cari tempat jagaan untuk kedua-dua anak kami. (Sape Nak Jage!)

    Wednesday, March 3, 2010

    Semangat Yang Hilang...

    Salam...
     
    Entahlah sekarang nih dah jadi makin malas jer...
    Mungkin disebabkan rutin kerja yang sama (bosan), atau mungkin tension dengan jalan yang jem tak sudah-sudah (keje kat kampung bagus nih), atau mungkin juga disebabkan kekurangan sumber pendapatan (gaji dah banyak), atau boleh jadi suasana kat rumah tak menyenangkan kot.. haha..(orang umah jgn marah aaa). 

    Sebagai jalan penyelesaiannya aku mungkin perlukan;
    ① Cuti-cuti Malaysia..
    ②   Rawatan Spa..
    ③ Picnic..
    ④ Ziarah keluarga dikampung..
    ⑤ Cari kerja lain..
    ⑥ Kawin lain.. gurau jer!
    ⑦ Tengok wayang
    ⑩ Mendekatkan diri pada Illahi..




    Jika engkau seorang
    Juang hingga titisan
    Rempuh tak berharapan

    Nanti aku disana
    Diufuk pemikiran
    Lalu menghayatinya

    * Di dalam kubur manapun
    Jasad aku ditanam
    Aku akulah jua
    Kita laksanakan
    Mati hati yang damai
    Disana kejujuran

    ** Semarak impian
    Segunung harap dujulang
    Usah diragukan
    Keupayaan diri

    Api yang membara
    Mengikutkan kata apa
    Jawapannya disini
    Semangat kita hilang
    ( * ulang)

    Semangat yang hilang
    Kita cari pulang
    ( ** ulang)

    na...na...na...na..na
    na...na...na..na..na

    Monday, March 1, 2010

    Gambar Untuk Renungan Bersama

    Salam...



    Tadi aku baca dari link ini 

    Gambar ni sangat memilukan dan tak terkata..

    Bayangkan jika berlaku pada diri kita sendiri.








    MERATAP... lelaki Palestin ini meraung ketika mengecam mayat tiga anaknya yang terkorban akibat bedilan kereta kebal Yahudi di Hospital Shifa, Gaza.

    sumber

    SIAPA YANG HENDAK MEMBELA KESYAHIDAN KAMI?
    MANA DIA LELAKI-LELAKI MUSLIM?
    KAMI TIDAK TAKUT MATI, ANDA?

    Tuesday, February 23, 2010

    Rompak Guna Telur Ayam!

    Salam...




    Kepada semua pemandu tidak kira anda lelaki atau wanita... berhati-hatilah ketika memandu terutama waktu malam atau di lebuh raya. Ikuti kisah dibawah untuk renungan dan peringatan kepada semua.




    Ni aku ada dengar satu cerita. Nak kata baru tu tak jugak lah. Cuma sekadar peringatan buat kita semua, supaya sentiasa berhati-hati walau di mana kita berada.

    Kisah ni terjadi sewaktu member kepada member aku ni, Mat Hassan (bukan nama sebenar) sedang memandu di Lebuhraya Kesas dekat Plaza Tol Puchong menuju ke Kajang 23 Disember 2007 lalu lebih kurang jam 11 malam.

    Dia bersama isterinya Tipah (juga bukan nama sebenar), pulang dari makan malam di rumah adiknya di Bandar Sunway. Kemudian, sebuah motosikal memotongnya. Si pembonceng tiba-tiba melempar
    dua biji telur ayam ke arah cermin hadapan (windscreen) kereta Mat Hassan. Habis kotor cermin tu, sampai susah nak tengok depan.

    Mat Hassan yang terus ter-refleks, tariklah spray wiper. Apalagi terus hilang pandangan hadapan! Langsung tak nampak apa-apa. Mana taknya, telur tu bila diratakan dengan bilah wiper, makin memutih la kat atas cermin tu dengan sebati dan sekata lagi....

    Terus Mat Hassan berhenti mengejut di lorong kecemasan. Dia pun keluar dari kereta, lap kesan telur tadi. Tipah pulak cemas je dalam kereta.

    Tiba-tiba sebuah Proton Satria berhenti belakang kereta Mat Hassan. 3 orang lelaki sasa keluar dari kereta terus meluru ke arah Mat Hassan dengan pedang Samurai sebilah seorang sambil menempik menyuruh diorang serah diri - bagi kunci kereta, wallet, dan handset.

    Nasib baik laa, nak dijadikan cerita, Mat Hassan ni polis. Polis apa, aku pun tak tau (member aku tak citer pun). Terus dia keluarkan revolver dia dan melepaskan 2 das tembakan kecemasan amaran ke udara.

    3 lelaki tadi terus lari lintang pukang, melompat masuk macam orang gila, ke dalam kereta dan terus blah, dengan lajunya, dengan tak bagi isyaratnya... Mat Hassan pun terus call bantuan, dan mereka akhirnya selamat. Kesan telur pecah jer tak sempat nak lap lagi.

    Modus operandi sebegini sebenarnya dah banyak digunapakai di lebuhraya. Mangsa yang dituju biasanya golongan perempuan - lebih lagi yang bawak anak kecil kat belakang.

    Jadi, tolonglah kita sama-sama kena ingat. Bila perkara sebegini berlaku kepada anda, pastikan:

    1. Jangan sesekali tarik spray wiper.
    2. Teruskan memandu dengan apa jua keadaan pun, ke mana-mana stesen minyak, balai polis, 7-Eleven, atau mana sahaja tempat tumpuan orang ramai.

    Tolong pesan sekali kepada semua ahli keluarga, sedara mara dan rakan-rakan Pandulah dengan selamat, wallahu a'lam.

    P/s: Kadang-kadang bila kita dengar banyak cerita macam ni, kita akan jadi lebih berhati-hati. . Bila perkara yang seumpama ini berlaku pada kita, kita akan jadi lebih alert dan tindakan kita akan jadi lebih proaktif dan berkesan.


    Sumber dipetik dari sini

    Saturday, February 20, 2010

    Dan Sebenarnya...

    Salam.

    Dan sebenarnya ku mengharapkan disebalik senyumanmu itu,
    kau juga....lalalalaaa.. STOP!

    Hei kawan! Ini bukan cite pasal lagu si yuna tuh ok!



    Ni cite pasal aku dan sebenarnya..

    Emm... Sebenarnya aku malas nak keje ari ni. tujer! hahah.

    Oklah.. kite bace sesame sajak ni dan selami maknanye.


    GADIS KUCINTAI

    Hari itu aku lihat matamu
    penuh kejujuran dan ketabahan
    memerhatikan daku yang masih muda
    masih keliru dengan erti cinta

    Aku berjalan ke sana sini
    mencari kebahagiaan tapi jatuh tersungkur
    Aku bangun, mencari lagi
    jatuh, engkau hanya memerhati
    walaupun hatimu pedih sekali

    Hari ini aku lihat matamu sekali lagi
    penuh kegembiraan bertsinar-sinar
    gadis dicintai sudah mula sedar
    cinta yang dicari berdiri di sisi

    Nukilan:Bunga Desa


    Friday, February 19, 2010

    Ubat!

    Salam

    Korang tau tak apa itu ubat? Selain dari boleh menyembuhkan (ubat gigi) atau untuk melemahkan (ubat nyamuk), ubat juga boleh digunakan untuk menulis (ubat pensil) dan untuk tapekan kertas (ubat stapler).
    Emm kenapa yer!


    Percaya atau tidak yang tanpa kita sedari penggunaan perkataan yang salah menyebabkan ubat yang dinyatakan di atas menjadi suatu ucapan kelaziman dan terus diguna-pakai dalam kehidupan harian.


    Jadinya, apa pendapat kawan-kawan supaya dapat digantikan perkataan ubat kepada;
    .............pensil
    .............stapler
    Ada cadangan?



    Friday, February 12, 2010

    Sambungan: Petua Awet Muda...

    Salam...

    Maaf, lambat nak post pasal petua nih.. Ade yang tanye kat aku camner nak nampak muda dari umur sebenar.. Aku dah 30+ tahun. kenapa tak percaye ker?Sebenarnya akupun tak tau..hahah padan muke korang!

    Setakat yang aku tau dan aku buat adalah:
    Jangan busuk hati dan jangan pendam lame-lame nanti jiwa kacau: Kalau boleh lepas 2-3 hari korang maafkanlah org tuh..Senang jer!
    Sentiase senyum pada semua (ikut tempat dan masa): Kang tak pasal-pasal kene lempang kalau tak kena cara.
    Minum air kosong atau air suam 1-2 cawan bila bangun tido: Yang nih aku kurang buat, coz malas nak mencari cawan.
    Makan ulam-ulaman: Aku biasa makan ulam raja dan daun pegaga. Lelain ikut citerasa.
    Badan kene maintain: Jangan gemuk sangat!
    Solat...Sendiri mau ingat aa!

    Itu ajelah yang aku boleh share kat korang.. lain-lain petua korang boleh carik kat internet. Atau kalau malas tengok link kat bawah, lebih kurang same kan!sini

    Thursday, February 11, 2010

    Fraser Hill Trip

    Salam...

    Last weekend (6/Feb-7/Feb/2010) kitorang pergi ke Fraser Hill jalan-jalan makan angin sambil melihat panorama alam yang mengasyikkan!. Tujuan aktiviti ini diadakan untuk merapatkan hubungan kitorang yang sentiasa sibuk bekerja.. haha tipu!

    Kitorang bergerak dari rumah bazi dalam kol 10 pagi dekat ngan ulu yam.. sesaje nak ikut jalan yang adventure skit..baru terase syok! 
    Sampai atas sane dalam pukul 12 tengahari (kot).. Emm suasana sungguh nyaman, sejuk dan selesa.. Sangat sesuai untuk percutian berkumpulan atau inginkan keamanan..peace!!! 
      
    Setelah agak penat sebab jalan raya yang berliku-liku dan ade yang pening-pening  langau dan perutpun terase lapar, kitorang lepak jap kat bandar Fraser hill.. (yang ader jam tuh!), pastuh check-in kat rumah penginapan (TM Resort_Sponser by isteri Aidil ) dan makan tengahari yang dibawa bekal dari rumah..Jimat giler aaarr!!

    Antara aktiviti yang kitorang buat adalah sesi photography bersama family, paddle boat kat Allen's water, memanah (juara Zaidi-poyo), naik kuda, bbq sebelah malam (nyum nyum),  bermain karom sampai sakit jari (korang rase permainan karom nih asal dari mane? Malaysia? yeke!), berkelah di tepi sungai (Jeriau Waterfall).. pendek kata korang pergi baru korang tau!

    Gambar yang sempat aku post sempena kenangan indah kami di Fraser Hill..
    Semuanye gambar diambil dan diedit oleh firdaus, si Cameraman. Korang boleh click kat gambar untuk  saiz lebih besar.. Promote  nih!  /http://qberphotography.weebly.com/



    Gambar yg first tuh time nak balik dari rumah penginapan kami kat TM Resort

     Pose istemewa sebelum memanah.. Wachaa!

    Kereta kesayangan!.. hebatlah konon!
    BBQ ayam, sosej, otak-otak, kentang bakar...
    Emmm sungguh menyelerakan!!

    Hana_ anak Aidil tengah menunggang kuda mainan

    Pose maut dari penulis jalanan..Macho siut!!

    Gaya model kecil si Zia Zara_anak Zaidi di tepi pokok bunga..So kiut!

    P/s: Bile nak buat next trip?

    Friday, January 29, 2010

    Mandi Kolam..

    Nih gamba-gamba anak aku tengah  pose mase kitorang pegi kat rawang bandar tasik puteri, rumah kakak ipar... 
    Tarikhnya tak ingat la plak tapi masu tuh tolong angkat2 barang (pindah umah). Nanti dah ingat semula aku tulislaa.

    Rumah (apartment) kakak ipar aku nih ade kolam renang.. time tuhlah kitorang mandi sambil mengedut air kolam. haha..
    Sampai kecut kecut tangan Izz Haris, beringus lagi.. mandi dalam 30minit kot!

    Bile kitorang angkat die blh merengek-rengek nak masuk semula dalam kolam...
    sabajelah...
    Hapy family! budak pompuan cute tuh anak buah aku ye!

    Petua Awet Muda...

    Salam..

    Korang mesti tertanye tanye apsal lak nak amik tau pasal petua mua nih?
    Buang mase jer…hehe
    Dengar dulu cite sensasi aku nih!

    Mase aku pegi satu seminar kat area kl (tempat dirahsiakan), diorang tanye camner muka aku nampak muda walhal dah masuk 30 lebih..mungkin badan aku kecik kot.
    Tuh baru satu cite..

    Lagi satu... emm... ape yek !
    Korang rase camner..

    Disebabkan aku nih terperasan mude dari yg sepatutnye, maka aku bagitau ler kat diorang ngan korang skali rahsianye.

    Nanti lah aku bgtau korang..
    Jumpe lagi!
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...