Salam...
Alhamdulillah syukur... ungkapan pertama selepas berjaya orang rumah bertarung nyawa untuk melahirkan bayi kami yang kedua.. NUR IZNI HASANAH itulah namanya..
NUR IZNI HASANAH BINTI FARIZAL (cahaya, kebenaran, yang baik), puteri pertama kami, zuriat kedua dan adik Muhammad Izz Haris.
Tarikh lahir: 6 Jun 2010 (Ahad) 23 Jamadil Akhir 1431
Masa lahir : 9.23 pagi
Tempat lahir: PPUKM, Cheras
Berat : 3.15 kg
Panjang : 48 cm
Ukurlilit kepala : 34 cm
Kepada semua pembaca, article ini sekadar peringatan dan panduan yang tak seberapa. Sila abaikan blog ini jika mengganggu sensitiviti anda. Anda dibenarkan untuk copy & paste dari blog ini untuk kebaikan bersama.
“Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk, maka baginya ada pahala yang sama dengan pahala orang yang mengikutinya dan tidak dikurangi sedikitpun juga dari pahala-pahala mereka.” (HR Muslim)
HOME LOAN CALCULATOR
Friday, June 18, 2010
Tuesday, June 1, 2010
5S@home
Salam Semua..
Video ini adalah rakaman yang aku ambil semalam. Tengoklah telatah anak aku yang sorang nih...
harap-harap esok dah besar jadi budak rajin... Insya'Allah...
Friday, May 21, 2010
Berhati hati dengan Internet Banking
Salam Semua...
Kali ini aku nak bagitau pasal SPAM mail yang aku dapat semalam berkenaan internet banking. Pada bahagian bawah aku klik untuk ke link yang disambungkan. Lihat gambar untuk lebih jelas.
Gambar-gambar dibawah adalah percubaan untuk melihat sendiri perbezaan antara web site internet banking yang betul dan salah. Perhatikan baik-baik dan berwaspadalah dengan email sebegini.

Gambar dibawah adalah web site palsu
Friday, May 14, 2010
Doa Hindarkan Segala Kemudaratan...
Salam Semua...
Petikan dibawah diambil dari Darussyifa'. Semoga kita semua mendapat berkat dan manfaat.
DOA YANG SANGAT WAJAR DIAMALKAN DI ZAMAN INI (AYAT PENGERAK)
Oleh: Ismail bin Abu Bakar
Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut;
Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut.
Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;
Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut;
1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
3. Berbahaya
4. Melarat, Bertambah Payah
Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;
1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3. Selamat dari bahaya.
4. Tidak melarat, Menjadi Senang.
Keberuntungan beramal dengan doa ini;
Terhindar Daripada Bahaya
Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;
• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.
• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.
Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.
Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan
Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.
Terhindar Daripada Sihir
Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.
Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.
Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.
Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.
Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus
Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.
Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.
Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.
Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya, insya'Allah.
Sumber dipetik dari sini

Thursday, May 13, 2010
Selamat Hari Guru
Salam Semua...
Aku nak ucapkan selamat hari guru kepada semua guru-guru yang mengajar aku dari tadika sampailah habis belajar. Sempena sambutan hari guru pada 16/Mei/2010 ini, aku harap semua guru yang ada dapat memberi tunjuk ajar dan bimbingan yang berguna kepada anak bangsa kita, moga jadi insan berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Tanpa guru siapalah kami...
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.
Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.
P/s: Selamat Hari Guru kepada dua abang ipar aku dan sorang bakal kakak ipar.
Wednesday, May 12, 2010
Chickenpox @ Cacar Air...
Salam Semua...
Hari Selasa minggu lepas anak aku Izz Haris, tak sihat sebab kat badan die timbul bintik bintik merah dan kitorang pergi klinik permaisuri, Cheras. Doc kata dia kena chicken pox atau cacar air dan dapat ubat anti-viral untuk elakkan dari terus merebak..
Sebenarnya anak aku terkena jangkitan ni daripada budak-budak yang mak mentua aku jaga kat rumah. Dah 2 orang yang kena, jadinya anak aku yang ketigalah. Aku ingat chickenpox nih tak berjangkit...
Gambar Hiasan
Kesian anak abah...
Emm..Yang bagusnya Izz tak demam cuma merengek sikit-sikit. Inya'Allah sikit hari lagi baiklah tuh..
Kat bawah ni ada cerita sikit pasal chickenpox untuk panduan korang yang aku ambil dari internet...
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Chicken pox juga dikenali sebagai cacar air, jintungan atau bertih (mengikut dialek daerah).
Ia disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan amat mudah berjangkit. Ia
berlaku pada semua peringkat umur, biasanya pada kanak-kanak. Ia lebih teruk sekiranya
berlaku kepada orang dewasa. Rebakan adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada
orang dijangkiti. Rebakan juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti
pada pakaian atau tuala dari penghidap chicken pox.
Pengidap chicken pox boleh merebakan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan
boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping.
Kayap (herpes zoster) ialah infeksi dari virus yang sama dan berlaku pada di masa hadapan
(umur dewasa).
Tanda dan Gejala
Pengidap chicken pox akan mengalami demam dengan bintik-bintik merah pada kulit.
Kawasan bintik-bintik merah melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh
tubuh. Ruam chiken pox akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku.
Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh
mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi
air pecah ia menjadi kering dan berkeruping. Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan
pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut.
Gejala lain ialah sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan
terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair dua hari sebelum bintik-bintik
merah timbul.
Komplikasi
Ruam atau cacar air Chickenpox akan berkurangan dalam jangka masa 2 minggu dan
biasanya tiada komplikasi. Adakala penyakit boleh jadi teruk walaupun pada kanak-kanak
yang sihat dan mengakibatkan komplikasi teruk termasuklah kematian. Kumpulan berisiko
untuk jangkitan serta mendapat komplikasi teruk:
• Bayi baru lahir, di mana ibu tidak penah mengidap chicken pox atau pelalian chicken pox.
• Ibu mengandung menyebabkan kesan pada bayi dalam kandungan seperti tak cukup berat
dan kecacatan anggota boleh berlaku. Sekiranya ibu mengidap chickenpox seminggu sebelum
kelahiran, ia boleh menyebabkan jangkitan serius serta membahayakan nyawa pada bayi.
• Orang yang lemah atau kurang daya tahan akibat penyakit lain seperti HIV, barah sumsum
tulang (leukaemia) dan pesakit kanser dalam rawatan kemoterapi. Orang yang mengambil
steroid berpanjangan pesakit asma dan sindrom nefrotik.
• Penghidap sakit radangan kulit (inflammation eczema).
Komplikasi akibat chicken pox:
• Jangkitan kulit- menjadi lebam merah, bengkak dan sakit. Dehidrasi akibat muntah
berterusan atau tidak minum air. Tanda dehidrasi ialah kurang kencing, mulut kering dan
dahaga.
• Kerosakan otak akibat radangan otak. Tanda-tanda radangan otak ialah sakit kepala teruk,
keliru, mudah marah, leher keras dan belakang mengeras serta tidak sedarkan diri.
• Radang sendi- sendi menjadi sakit, kejang dan bengkak
• Jangkitan paru-paru (Pneumonia)- tanda-tanda seperti batuk, susah bernafas, pernafasan
berbunyi (wheezing) dan sakit dada.
Rawatan
1. Ubatan anti-viral :
Acyclovir atau immuno globulin diguna untuk merawat chicken pox. Rawatan amat
berkesan sekiranya diambil segera dalam tempoh 24 jam dijangkiti. Ia akan
mengurangkan keterukan dan komplikasi akibat chicken pox. Semua orang dewasa
mendapat kebaikan dari rawatan antiviral di awal penyakit terutama yang kurang
sistem daya tahan (orang lanjut usia, pesakit diabetes, pengidap HIV& AIDS serta
rawatan steroid).
2. Rawatan antibiotik
Komplikasi akibat chicken pox ; radangan kulit dan radangan paru-paru memerlukan
rawatan antibiotik. Pesakit yang mendapat radang otak hendaklah dimasukkan ke
hospital untuk rawatan antivirus.
3. Rawatan di rumah
• Sapu losyen calamine.
• Ubatan antihistamin kurangkan gatal-gatal
• Panadol untuk demam
Pencegahan
Pelalian memberi ketahanan sepanjang hayat, diberi pada umur 12-18 bulan. Pemberian
pelalian- bawah umur 13 tahun terima hanya 1 dos, selepas umur 13 tahun. 2 dos, selang
masa 4-8 minggu antara dos 1 dengan dos 2. Pelalian aktif diberi kepada kanak-kanak
berisiko (antara 1- 5 tahun) sekiranya ahli keluarga ada chiken pox.
Friday, April 30, 2010
Doa Mudah Melunaskan Hutang...
Salam Semua...
Bacalah doa ini jika kesempitan hidup...InsayaAllah..
Ya Allah aku berlindung kepada-Mu dari sedih dan susah,
dan aku berlindung kepada-Mu dari lemah tidak berdaya dan malas tidak upaya,
dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat penakut dan bakhil atau kedekut,
dan aku berlindung kepada-Mu dari tenggelam di dalam hutang dan dari tekanan atau penisdasan orang.
(Riwayat Abu Daud)
Rasullulah s.a.w. bersabda: Abu said Al-Khudri r.a. berkata: Pada suatu hari Rasullulah s.a.w. masuk ke masjid, tiba-tiba mendapati seorang dari Ansar bernama Abu Umamah, lalu beliau bertanya: Wahai Abu Umamah, saya lihat engkau duduk di masjid, sedang sekarang ini bukan waktu sembahyang. Abu Umamah menjawab: Sedih merundung, kami berhutang, ya Rasulullah. Rasulullah bersabda: Apa tidak sebaiknya saya ajarkan kepadamu kata-kata yang jika engkau ucapkan dihilangkan Allah sedihmu dan dilunaskan Allah hutangmu? Ucapkanlah jika engkau berada di waktu pagi dan petang.
Dipetik dari buku Senjata Muslim: Doa, Wirid & Zikir Harian.
Oleh Hjh. Syarifah Asmu'i
Terbitan Berlian Publications SDN BHD.

Thursday, April 29, 2010
Lampu Rumah Automatik ON/OFF...
Salam semua...
Sekarang tengah berkira-kira mana nak dapatkan Automatic Light Sensor Switch bagi kegunaan rumah. Kegunaan sangat berbaloi jika kita selalu outstation atau tinggalkan rumah untuk percutian panjang. Ini salah satu kaedah untuk mengelakkan kejadian pecah rumah, kecurian dan sebagainya.
Cari punya cari dekat internet, jumpalah brand nih. Yang nih branded sikit dan sangat mesra alam.
Suis Timer Automatik DK membolehkan anda tetapkan tempoh lampu dipasang secara automatik.
Terdapat 4 mode masa automatik untuk pilihan anda:
Mode 1- 12 jam menyala. 12 jam padam.
Mode 2- 4 jam menyala. 20 jam padam.
Mode 3- 1 jam menyala. 23 jam padam.
Mode 4- Scene Mode (sesuai untuk 4 gang suis/lampu). 30 minit menyala bergilir untuk setiap lampu. 13 jam padam.
Option lain boleh klik sini. Photocell Sensor..
Emm... harga RM16.00 satu set. Sangat murah dan berbaloi untuk digunakan sebabnya bila waktu gelap seperti hari hujan lampu akan ON, tapi kena pasang sendiri dan boleh beli secara online atau dapatkan dari mana2 kedai elektrik. Gambar seperti dibawah.
Ada juga cadangan dari kawan2 supaya gunakan timer lampu. Mudah untuk pemasangan hanya sambung dekat suis lampu. Suis lampu sentiasa ON, dan ianya boleh di setting selama 24 jam. Tapi harga mahal sikit dari pilihan kedua.
P/S: Jalan pasar ada banyak pilihan...
Monday, April 26, 2010
e-filing LHDN...
Salam semua...
Hari ni (26/Apr/2010) aku dan Firdaus pergi ke Lembaga Hasil Dalam Negeri kat Jalan Duta, KL. Minggu ni adalah tarikh terakhir untuk kemukan taksiran tahun 2009.
Sudahkah anda? Saya sudah!
Biasalah kalau buat kerja last2 minit nih, ia bagus untuk menguji minda dan kesabaran kononnya...haha.
Ini bukannya kali pertama aku isi e-filing nih, tapi sebab terlupa kata laluan walaupun 2-3 kali cubaan. Penyudahnya, "Kata laluan anda disekat. Sila rujuk ke cawangan terdekat untuk maklumat lanjut". Sabarje lah..
e-Filing adalah satu kaedah menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan secara elektronik melalui Internet.
Mudah sebenarnya..
Aku kan sengal, sepatutnya kliklah kat "Terlupa Kata Laluan". Hehe..
Masa kat LHDN, aku ingatkan ambil masa lama untuk settlekan masalah nih, tapi tidak semuanya berjalan lancar dan mudah untuk berurusan. Dengan jumlah komputer yang banyak serta pegawai yang bertugas ramai dan peramah mempercepatkan lagi kerja2 mengisi borang. Rasa macam tak percaya pulak servis diorang tuh tip top... Thanks to LHDN (Promote skit).

Bab kene bayar cukai nih mesti ada yang marah2... tak terkecuali aku sendiri.
Contoh ayat biasa kita dengar;
1. Aku tak pahamlah camner aku kena bayar cukai tapi kau tak kene, padalah gaji aku sikit dari kau!... Mungkin anda tak bayar zakat kot.
2. Kerajaan dah takde duit ke nak amik duit aku nih. Aku bukannya keje gomenpun!... Ooops!! No comment!
3. Haiya.. itu goverment aaa! memang tak mau kasik kita kayye lor! @#$**^&? nang butinang..koi butikoi!... Ooops!!
4. Ahhh.. Malaslah aku nah declare, bukannya kena samanpun!
5. I Ok ape! isi jer borang, tapi rasenya tak kene cukai coz I kan banyak tanggungan!
6. Apsal lembab sangat nternet nih! camnerlah nak isi borang!..
Dan macam2 lagilah kerenahnya.. Tapi kalau menipu masa isi formpun boleh tahan jugak. Semuanya sebab nak elakkan dari kena bayar cukai...
Banyak sangat alasan..
Tepuk dada tanya selara..
Rujuk sini untuk ke e-borang.
Wednesday, April 21, 2010
Hari ini dalam sejarah
Salam semua...
Tarikh 19/April/2010 genaplah aku kerja kat kilang SMM selama 6 tahun. Emm dah lame sangat aku keje kat sini dan masih setia walaupun sekarang keje agak bosan.
Baru-baru nih aku dan geng2 yg sama keje dulu dpt anugerah khidmat 5 thn dan imbuhan sebanyak RMXXX. Alhamdulillah.. blhlah buat blanje dapur ker. haha tipu..
Gambar hiasan
Thursday, April 15, 2010
Reunion SMV Temerloh 93/94...
Salam semua
Malam sabtu lepas (10/Apr/2010) kitorang ade buat reunion dengan rodong2 SMV Temerloh sesi 93/94 kat Restoran Nelayan, Taman Tasik Titiwangsa jam 7.00 hingga larut malam. Ramai jugak yang datang antaranya Rozi, Anas, Mat Nizam, Yea, Madi, Zaki, Shah Alam, Jibor, Budu dan isteri2 yang sabar menunggu..
Thursday, April 8, 2010
Lawak Sengal..
Salam semua...
Korang layanlah lawak sengal nih sambil minum teh tarih.
Mamak teh tarik satu! kasi kaw punye.
Jumpa lagi.
Korang layanlah lawak sengal nih sambil minum teh tarih.
Mamak teh tarik satu! kasi kaw punye.
Jumpa lagi.
Tuesday, April 6, 2010
Misteri angka 666
Salam...
Lama jugak tak update blog nih.. Sibuk dengan kerja-kerje opis yang tak berkesudahan...
Well tajuk post kali nih adalah 'Misteri angka 666'. Korang sumer tau tak ape makna di sebalik angka ini? Baiklah mari kite tengok dari wikipedia.
' The Number of the Beast is a concept from the Books of Revelation of the New Testament of the Christian Bible, relating somehow to figure of "The Beast". The number is 666 in most manuscripts of the New Testament, and in modern translations and critical editions of the Greek text'.
Eiii.. Takut!
Dari sudut pandangan Islam pulak mari kita lihat petikan dibawah, sumber dari sini
'Namun apakah memang benar ayat al-Qur'an berjumlah 6.666? Untuk memeriksa kebenaran klaim jumlah 6.666 ayat itu tidak sulit. Cukup siapkan kalkulator dan sebuah kitab al-Qur'an.
Penghitungan kita mulai dari surat al-Fatihah yang diakhiri dengan angka 7. Itu adalah jumlah ayat bagi surat tersebut. Kemudian kita lompat ke akhir surat ke-2 (al-Baqarah) maka akan bertemu dengan angka 286 yang merupakan jumlah ayatnya. Teruskan penjumlahan surat demi surat sampai ke akhir surat yang ke-114. Jumlah total kesemua angka tersebut menunjukkan berapa jumlah ayat-ayat al-Qur'an yang sebenarnya.
Berikut rincian perhitungannya:
Surat:
1-5 ( 7 + 286 + 200 + 176 + 120 ) = 789 ayat
6-10 ( 165 + 206 + 75 + 129 + 109 ) = 684
11-15 ( 123 + 111 + 43 + 52 + 99 ) = 428
16-20 ( 128 + 111 + 110 + 98 + 135 ) = 582
21-25 ( 112 + 78 + 118 + 64 + 77 ) = 449
26-30 ( 227 + 93 + 88 + 69 + 60 ) = 537
31-35 ( 34 + 30 + 73 + 54 + 45 ) = 236
36-40 ( 83 + 182 + 88 + 75 + 85 ) = 513
41-45 ( 54 + 53 + 89 + 59 + 37 ) = 292
46-50 ( 35 + 38 + 29 + 18 + 45 ) = 165
51-55 ( 60 + 49 + 62 + 55 + 78 ) = 304
56-60 ( 96 + 29 + 22 + 24 + 13 ) = 184
61-65 ( 14 + 11 + 11 + 18 + 12 ) = 66
66-70 ( 12 + 30 + 52 + 52 + 44 ) = 190
71-75 ( 28 + 28 + 20 + 56 + 40 ) = 172
76-80 ( 31 + 50 + 40 + 46 + 42 ) = 209
81-85 ( 29 + 19 + 36 + 25 + 22 ) = 131
86-90 ( 17 + 19 + 26 + 30 + 20 ) = 112
91-95 ( 15 + 21 + 11 + 8 + 8 ) = 63
96-100 ( 19 + 5 + 8 + 8 + 11 ) = 51
101-105 ( 11 + 8 + 3 + 9 + 5 ) = 36
106-110 ( 4 + 7 + 3 + 6 + 3 ) = 23
111-114 ( 5 + 4 + 5 + 6 ) = 20
----------------------------------------------------------
Jumlah total = 6.236 ayat
Setelah dihitung dengan benar, ternyata kita bertemu dengan angka 6.236, bukan angka 6.666 yang 'cantik' tapi 'horor' itu.
Dalam perhitungan di atas kita hanya menghitung satu ayat `bismillah', yaitu ayat yang terdapat pada awal surat al-Fatihah. Ada pula pihak yang memasukkan `bismillah' yang terdapat pada setiap awal surat ke dalam perhitungan jumlah ayat al-Qur'an. Dengan menggunakan cara menghitung yang ke dua maka akan ada tambahan 112 `bismillah' lagi ke dalam perhitungan kita karena khusus surat ke-9 (at-Taubah) tidak diawali dengan `bismillah'. Dengan menambahkan 112 kepada hitungan 6.236 di atas, maka jumlah yang kita dapatkan adalah 6.348, tetap bukan jumlah 6.666 seperti ceramah pak ustadz.'
Jadinya, apa kaitan dengan gambar yang aku sertakan ni? Emm takde ape-ape kaitanpun.. haha
Gamba ni adalah bacaan meter kete aku pada 2 minggu lepas. Itu aje.
Sekian!
Jangan biarkan diri anda diselubungi misteri...
Gamba ni adalah bacaan meter kete aku pada 2 minggu lepas. Itu aje.
Sekian!
Jangan biarkan diri anda diselubungi misteri...
Friday, March 26, 2010
Tips for car accident
Salam...
This can help you if you're involved in car accident:
Others tip pick this link
This can help you if you're involved in car accident:
- Calm down, don't panic, park at emergency lane and turn on emergency signal lamp ..
- Check if you're injured or not
- Call any friend or relative and inform the matter.
- Contact car insurance.
Others tip pick this link
Jiwa raga.. Bahasa jiwa bangsa!
Salam...
Tadi member aku tanye ape maksud RAGA tuh!..
Contoh: Sepak raga, Jiwa raga, Olah raga dsb
RAGA yang aku tau ialah....
Raga = bakul
Ragaa! = tamil music
Jiwa raga = jiwa dan badan
Sepak raga = sepak terajang.. aku tak tau!
Olah raga = mengolah daun ketupat sampai jadi raga/bakul. haha...tak tau jugak!
Kepada kawan-kawan sumer tuliskan makna yang korang tau!
Amaran: Jangan klik link dibawah selagi tak jawab soklan terlebih dulu.
Rujukan boleh buat disini
Tadi member aku tanye ape maksud RAGA tuh!..
Contoh: Sepak raga, Jiwa raga, Olah raga dsb
RAGA yang aku tau ialah....
Kepada kawan-kawan sumer tuliskan makna yang korang tau!
- Jiwa raga =
- Olah raga =
- Sepak raga =
- Raga =
- Memperagakan =
Amaran: Jangan klik link dibawah selagi tak jawab soklan terlebih dulu.
Rujukan boleh buat disini
Wednesday, March 24, 2010
Tulisan Jawi...
Assalamualaikum
Kepada semua, kali ni aku saje nak tanye korang boleh tak baca tulisan jawi nih!
terjemahan akan dihantar kelak..
توليسن اوردو دان نصيب توليسن جاوي
اورڠ ﺇسلام مليسيا ساڠت براونتوڠ کران اد ڤنکنن بلاجر بهاس عرب دمليسيا. اورڠ مسلم مليسيا لبيه موده بلاجر بهاس عرب کران مريک اد توليسن يڠ دأمبيل دري ابجد عرب سام سڤرتي توليسن اوردو، کات ڤنوليس
نمڤقڽ قاعده مڠيجا اد ڤرساماٴن دڠن ايجاٴن جاوي. ڤرکاتاٴندترجمھکن دڠن ا-ي-ن دان دالم ايجاٴن جاوي ڤرکاتاٴن دترجمھ ع-ن-د.
مڠولس مڠناٴي توليسن اوردو، سأورڠ اکاونتن بڠک دري لاھور، ڤاکيستان، بھاوا توليسن ايت منجادي توليسن راسمي نگارا ڤاکيستان دان دگوناکن سچارا ملواس دﺃفخانيستان، بنجلاديش، اينديا دان کشمير. لبيه 100 جوتا ڤندودوق سکيتر اسيا سلاتن ترماسوق کيرا٢ ساتو ڤراتوس داسيا تڠه.
داينديا، کاتاڽ بهاس دان توليسن اوردو اداله انتارا 24 بهاس دان توليسن اوتام يڠ دگونا ڤاکاي دنگارا ايت
بربنديڠ توليسن جاوي، توليسن اوردو ممڤوڽاٴي راماي ڤڠمل دان ساڠت لواس کاوسن ڤڠگوناڽ. حال ايت، مڽببکن باڽق اخبار برتوليسن اوردو دتربيتکن حتى دعرب سعودي اد اخبار بهاس عرب ممبوات سيسيڤن توليسن اوردو. سباليقڽ توليسن جاوي دگوناکن اوليه تيدق سمڤاي سڤاروه درڤد رعيت مليسيا.
ڤد هاري اين، تيدق اد سبواه اخبار ڤون يڠ دتربيتکن دالم توليسن جاوي ستله براخيرڽ رواية هيدوڤ اخبار اوتوسن ملايو ميڠگوان يڠ مونچول سباگاي ڤڽامبوڠ حيات هارين اوتوسن ملايو دالم ميڠگوان اوتوسن زمان.
سڤرتي مان درامل کباڽقن توکوه بهاس دان بودايا ملايو، تيدق سياڤا ڤون يڠ اکن مناڠيسي کڤوڤوسن اخبار جاوي کران اي تله دمولاٴي دڠن کڤوڤوسن توليسن جاوي دکالڠن اومت ملايو. اورڠ يڠ مراس سديه دان هيبا اياله گينراسي ملايو يڠ هيدوڤ دالم زمان ڤرامرديک يڠ دبسرکن دڠن اخبار جاوي ايت.
توليسن اوردو دان جاوي تيدق سام نصيبڽ. توليسن اوردو يڠ راماي ڤڠملڽ تيدق داڤت ‘دمامه’ ڤڠاروه بارت، تتاڤي توليسن جاوي يڠ ڤڠملڽ مينوريتي دتانه اٴيرڽ سنديري، دڠن موده داڤت ‘دتلن’ دان دهاڤوسکن اوليه تاڠن انق٢ ديديقن سي ڤنجاجه ايت.
ڤتيقن : بريتا ميڠگو

Tuesday, March 23, 2010
Campaign for Earth Hour
Salam...
To all member, please support 'Earth Hour Campaign' on this coming Saturday 27 March 2010.
You can support Earth Hour by:
Please see detail info at here and here!
To all member, please support 'Earth Hour Campaign' on this coming Saturday 27 March 2010.
You can support Earth Hour by:
1. Turning off your lights at 8.30PM on March 27
2. Pledge your support towards Earth Hour 2010!
3. Showing your support and adding yourself to our world map
4. Adding Earth Hour widgets, logos and banners to your blog or website to help us spread the word
5. Download e-cards and send them to your friends & family or share it on your social network
6. Download the poster pack and posters* especially designed by Vine House Productions and spread the word to colleagues, business partners, friends and family.
7. Talking about Earth Hour in your social network by updating your Social Network grabbing a Twibbon, tweeting about your support, and more
8. Get together with your friends and family, by hosting an Earth Hour party or holding your own candlelit affair
9. Rally your local council or community group to run an Earth Hour event for your community
10. Encourage your employer and workmates to take part in Earth Hour and make energy savings every day
11. Make an Earth Hour Lantern as a symbol of hope for the future
12. Be creative! Find a new way to mark Earth Hour and let us know all about it!

Friday, March 19, 2010
Trip toMalaysia...
Salam...
To all have a look at this link or here for all destination you're prefer to go.
have a nice trip.
To all have a look at this link or here for all destination you're prefer to go.
have a nice trip.
Tazkirah Jumaat
Salam semua
Untuk tatapan di hari mulia ini..
"Apabila kamu mengambil nikmat dunia sekadar keperluan sahaja, pasti Allah mengasihimu. Apabila kamu menahan diri dari meminta apa yang ada di tangan manusia, pasti manusia akan mengasihimu."
(Hadith Riwayat Ibnu Majah)
Hadith ke 31 dari Hadith 40
Daripada Anas r.a. bekata, Rasulullah saw. bersabda, "Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api”. H.R. Tirmizi
Thursday, March 18, 2010
Please Clean Your Tongue..
The surface of your tongue is one of the breeding grounds of the bacteria that attack your teeth and gums.
The bacteria and fungi that grow on the tongue are related to many common oral care and general health problems.
In addition, decaying bacteria produce volatile sulphur compounds on the rear of the tongue; these molecules are the main cause of halitosis, or bad breath. Fortunately, cleaning your tongue can make all the difference (that is, of course, if you also brush and floss twice a day).

To clean your tongue, brush the entire surface with a clean toothbrush, applying light pressure from the back of the tongue to the front. Alternatively, take a good length of floss and wrap each end around your middle fingers. Apply downward pressure with your index fingers and drag the floss from the back to the front of your tongue several times. Rinse the floss in between scrapings. or you can use a tongue cleaner (also called a tongue scraper) is an oral hygiene device designed to clean the bacterial build-up, food debris, fungi, and dead cells from the surface of the tongue. Tongue cleaners lift and remove these materials from the tongue surface. The tongue cleaner should be used before using tooth brush in the morning, and not after.
Source from here
Source from here
Subscribe to:
Posts (Atom)