Salam semua...
Puasa dah dekat sangat dan apa yang terlintas dulu kat pikiran korang..
Nak sambut Puasa ker Raya!
Preparation untuk Bulan Ramadhan:
Solat terawih, surau @ masjid yg paling cepat abis..
Pasar ramadhan mana yang best..
Tengahari tido..
itu aje kot!
Preparation untuk Hari Raya:
Shopping/tempah baju raye brape banyak..
Kue raya, brape banyak..
Tukar langsir rumah..
Raya tahun kat mana..
Open house..
Tukar/beli kete/moto..
dll..
Bergembiralah dengan kedatangan bulan Ramadan. Rasulullah saw. selalu memberikan kabar gembira kepada para shahabat setiap kali datang bulan Ramadan, “Telah datang kepada kalian bulan Ramadan, bulan yang penuh berkah. Allah telah mewajibkan kepada kalian untuk berpuasa. Pada bulan itu Allah membuka pintu-pintu surga dan menutup pintu-pintu neraka.” (HR. Ahmad).
Kegembiraan Rasulullah saw & para sahabat ra dalam menerima kedatangan rahmat Allah iaitu Shahru Barakah Ramadhan - adalah dengan penuh berseri-seri seolah-olah menanti kedatangan kekasih yang lama dirindui. Inilha sikap generasi silam yang perlu kita HIDUPKAN kembali. Satu budaya Ibadah, satu sikap Imaniah & Ruhi yang perlu kita bersama didik dengar sedar dalam diri kita dan Umat.
Kita harus berusaha ke arah itu..
Kepada semua pembaca, article ini sekadar peringatan dan panduan yang tak seberapa. Sila abaikan blog ini jika mengganggu sensitiviti anda. Anda dibenarkan untuk copy & paste dari blog ini untuk kebaikan bersama.
“Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk, maka baginya ada pahala yang sama dengan pahala orang yang mengikutinya dan tidak dikurangi sedikitpun juga dari pahala-pahala mereka.” (HR Muslim)
salah satu contoh mengutamakan SUASANA ramadhan LEBIH DARIPADA SYARIAT;
ReplyDelete-masa bulan ramadhan, tiap2 malam pergi ke surau/masjid untuk solat terawikh yang hukumnya SUNAT.tapi di luar bulan ramadhan tak pun ke surau/masjid untuk ibadah WAJIB yang hukumnya SUNAT MUAKKAD!