“Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk, maka baginya ada pahala yang sama dengan pahala orang yang mengikutinya dan tidak dikurangi sedikitpun juga dari pahala-pahala mereka.” (HR Muslim)

HOME LOAN CALCULATOR

Jom Seminar

Monday, January 25, 2010

Kisah Benar..

Kisah Benar

Cerita ini adalah benar-benar terjadi kepada aku dan empat rakanku yang sama- sama menghadapi saat-saat cemas dan haru biru. Ikutilah ceritaku ini untuk dijadikan tauladan buat mereka yang benar-benar ingin berubah...

Ceritanya begini...

Pada tanggal 22/Jan/2010 bersamaan pada hari Jumaat yang mulia itu, selepas waktu kerja kira kira jam 6petang, bendalah tu mesti dimasukkan juga ke dalam badan aku menggunakaan jampi serapah... eiii seram!!. Tanpa disangka-sangka petang itu hujan turun dengan lebat membasahi permukaan bumi yang diselangi guruh dan kilat saling sabung menyabung (betul ker ayat aku nih) antara satu sama lain.


Sementalah hujan yang tidak menunjukkan akan reda bak kata pepatah bagai manunggu bulan jatuh ke riba, kami berlima iaitu aku, Zaidi, Aidil, Syazwan dan Anwar (bukan name tipu) berpakat untuk meneruskan juga perancangan kami yang telah lama terbengkalai untuk membuang roh jahat (low pickup) dalam badan (kete Gen2) aku. Jantung berdegup kencang dup dap dup dap... apabila sang ketua En. Aidil memberi isyarat tangan tanda untuk memulakan kerja, ibarat tamatnya larian 100meter dalam pagar.

Dengan berat hati akupun menghembuskan satu tiupan (stat ketelaa) ke arah badan (kete Gen2) aku (ade bau petai ni!), dengan harapan tiada aral melintang yang akan mengganggu konsentrasi kitorang nanti. Setalah itu sang ketuapun membuka satu saluran (vacuum hose) pada (ruang enjin) untuk memasukkan benda ajaib (D'carbo) yang telah dijampi mentera selama 3 hari 3 malam (ye ker!)... Sambil tuh korang nyanyilah lagu ’3 malam’ dendangan datuk siti dengan kumpulan 2bye2. Tujuan memasukkan bendalah (D'carbo) ni adalah untuk memulihkan semangat yang hilang (mencuci carbon yang terhasil didalam ruang enjin).

Arakian lamanya menunggu dalam dalam 3minit begitu, kami berpandangan sesama sendiri sambil membisu seribu bahasa. Dalam kepala otak mencongak-congak apa akan terjadi pada badan (kete Gen2) aku. Sang ketua arahkan aku untuk menekan-nekan (padel minyak) untuk membuang roh jahat (asap) itu keluar dari melalui ruang keluar (ekzos). Sabar menanti, itulah yang hanya kami mampu...

Tiba-tiba dalam minit yang ke 5 kot.. maka keluarlah roh jahat (asap) perlahan-lahan macam cite aladin dan lampu ajaib sambil si Anwar sikecoh tu menjerit-jerit ’Tekan! Tekan!’... (padel minyak) untuk lebih kerap dan pantas...

So. Korang tengok jelah vidoe kat bawah nih... dah naik kematu tangan aku nak menulis cerita seram sejuk nih!

p/s... Aku tak pandailah nak upload video nih. Sesape tlg ajarkan. Pls…

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...