Salam...
Tadi masa on the way ke masjid kampung Tunku di P/Jaya, ternampaklah ada 2 papan tanda yang telah diconteng oleh mereka-mereka yang kurang kesedaran sivik. Rasanya jumaat minggu lepas belum lagi jadi macam nih!
Mengikut Wikipedia versi bahasa melayu adalah:
Laku musnah atau Vandalisme merujuk kepada tabiat seseorang membinasakan harta benda awam dan juga harta benda orang lain.
Selanjutnya...
Pada lazimnya, laku musnah ditanggap sebagai satu bentuk jenayah, tetapi pada keadaan tertentu, vandalisme merupakan satu bentuk ritual yang dilakukan oleh golongan manusia yang tidak puas hati terhadap kondisi mayarakat. Dipetik dari sini
Cakap banyakpun tak guna. Jom kita tengok gambar disalah satu lokasi untuk ikhtibar buat semua dan harap-harap ada tindakan dari pihak berjawib.
Gambar 1: Gambar keseluruhan papan tanda yang telah diconteng.
Gambar2: Zoom besarkan gambar. Lokasi kejadian kurang jelas?
Gambar3: Tu diaaa! Dah jelas lokasinya kan.. Ape lagi korang, buatlah aduan!
No comments:
Post a Comment