“Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk, maka baginya ada pahala yang sama dengan pahala orang yang mengikutinya dan tidak dikurangi sedikitpun juga dari pahala-pahala mereka.” (HR Muslim)

HOME LOAN CALCULATOR

Jom Seminar

Monday, March 14, 2011

Urgent Sale... Apartment Untuk di Jual - Seksyen U5 Shah Alam

Property for Sale
Salam semua... 

Sesiapa yang berminat untuk beli apartment/flat di Seksyen U5 Shah Alam sila hubungi saya 0126370396 rizal.

Alamat :
2-415 Blok 2, Jln Matahari,
U5/117 Seksyen U5, 
Bandar Pinggiran Subang 
40150 Shah Alam.
Harga RM60,000.00 (nego)
Note: AVAILABLE                  

Detail info
Size : 650 sq.ft (3bilik tidur 2 tandas)
Title Type : Leasehold
Tenure : 99               
Title Type : Strata
Maintenance : rm40+/mth
Penyewa : Sedia ada (family) 
Apartment sebelah lif berada di tingkat 4 dari 11 tingkat  untuk dijual dengan segera.
Basic unit, grill, awning.

Bank dan Lawyer boleh diuruskan.
Booking fees 3% dan baki deposit 7% dibayar semasa sign "Sales & Purchase Agreement".
Hubungi Rizal 012-6370396-

Saturday, March 12, 2011

Katakan Padaku - Ahmad Ramli

Salam...
Dah lama mencari lagu ni, jumpa akhirnya dari youtube. Thanks to the owner.


AHMAD RAMLI


Katakan Padaku

katakan padaku
sejak puisi mengalir
sejak langit meratap
mengapa air mataku
terasa baru bagai embun terasa baru?

burung rembang membuka sayap
daun-daun menjadi lebih redup
aku lewat lagi berdayung di depanmu
kau siap lagi berdiri di tebing

semua pepohon menjadi sepohon di sampingmu
semua detik menjadi sedetik di matamu
sungai ini pun terasa betapa gemuruh
menyambut semarak api di bahumu

katakan padaku
sejak malam menjelma
sejak maut menyentuh
mengapa sepi jiwamu
terasa baru bagai pedihku terasa baru?


Thursday, March 10, 2011

Terkunci Dalam Bilik Air...Lagi

Salam...

Agak lama tak update blog bukan tak ada/cukup masa, tapi tak tau nak cerita apa dan sibuk dengan hal2 dunia.
"Demi massa. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan melakukan amal sholih dan saling menasihati dalam kebenaran, dan saling menasihati dalam (menetapi) kesabaran.” "
[ al-Ashr [103]: 1-3 ]

Dah lari tajuklah pula. hehe...
Last weekend dalam jam 10 malam kot, aku capai tuala untuk ke bilik air. Baru je aku tanggalkan seluar, dah ada pengikut nak join sekali, sapa lagi kalau bukan anak kesayangan aku, Izz. 

"Abah...icut! icut!" Sambil cakap tangan dia terus tarik seluar dengan muke tersenyih, manalah tau kalau kalau dapat join sekali. "Abah nak beraklah, jangan kacau!". Terus aku masuk bilik air dan kunci. Budak ni kalau dah masuk bilik air payah sikit nak keluar. 

Korang bolah agaklah kali ni sapa yang terkunci. Haha (mengirap gile aku).. Budak ni guna kereta mainan dia dan panjat untuk kunci bilik air dari luar. Umur baru masuk 2 tahun dah pandai nak tunjuk act.

Mujur bini aku tak tido lagi kat ruang tamu dengan sikecil, Hasanah. Kalau tak, alamatnya sampai ke pagilah aku tidur dalam bilik air. Bila bini aku bukak pintu, dia  boleh pulak ketawa bagai nak pecah perut, padahal dah separuh mati aku jerit jerit macam orang gila. Sabarjerlah!

Kesinambungan;
Episod lalu kliksini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...