Salam Semua...
Sabar jelah..
Kali ni aku nak cerita tentang anak bujang aku, pasal Izz. Pada hari ahad 10/Oct/2010, lepas bermandi manda dengan budak sorang nih, aku keluar kejap sebab Izz merengek rengek nak main air lagi. Kesian punya pasal lah aku biarkan dia sorang sorang kat bilik air yang sekangkang kera tu.Aku pergi dapur kejap nak minum, sambil tu suruh orang rumah tolong settle kan pasal budak bertuah sorang ni. Tengah minum bini aku menjerit pasal pintu bilik air dah terkunci.
Astafirullah Al azimm... tak sampai seminit aku tinggalkan dah pandai buat hal! Ape nak jadik budak sorang nih, terlampau pandai lah ni, pantang tengok orang buat dia nak buat jugak!
Bini aku dah mula membebel macamane nak buka pintu. Emmm.. Macam kesinambungan pulak cerita ni dengan post yang aku buat sebelum ni (cerita ini bukan rekaan). Haha.. Nak kena jadi Mcgiver lagi le nampaknye.
Nasib baik bilik air guna kunci selak jenis plastik, kalau besi/ metal alamatnya kena terajanglah pintu nih. Aku dengar Izz yang dalam bilik air tu nyanyi nyanyi sambil menjirus air. Sukalah tu... Kejap lagi rasakanlah penangan gaban dari aku ni.
Disebabkan pintu bilik air tu ada gap, aku try guna benda tajam untuk tolak selak ke arah pintu. Cari punya cari jumpalah garpu, tapi tak berjaya (rupanya anak aku lock kan selak tu ke bawah supaya kitorang tak boleh tolak ke kiri @ kanan). Bini aku suggest kasik potong itu selak.. Manyak bagus itu idea lor. Aku ambik pisau dan panaskan dulu dengan api supaya senang nak potong nanti.
Bagus kalau gune gergaji.. tapi macamana aku tak teringat masa tuh. Takpelah, tengah menggelabah rembat ajelah apa yang ada depan mata. Akhirnya berjaya jugak kitorang buka pintu dengan perasaan yang sangat menyirap.
Sekarang nih pintu bilik air masih tak dibaiki lagi. Malas!
Pesanan Penaja: Jangan tinggalkan anak kita seorang diri dalam bilik ataupun bilik air. Nanti tak pasal pasal...
kalau aku jadi kau, aku penangan gaban kat diri sendiri sebab tinggalkan anak sorang-sorang dalam toilet!
ReplyDeleteanw4r...kalau kau nak bagi penangan gaban kat mamat nih, aku join!!!....sesuka ati tinggalkan anak dalam bilik air, tertonggeng dalam baldi baru ko tau...
ReplyDeleteisk isk ada kaaa...isk isk...next time sila beli swimming pool yg tipu2 tu..bentang kat laman...biar dia mandi sampai terbakar kulit dia
ReplyDeleteanw4r & zaidi - hah sy pn nk join skali la penangan gaban tu. dia x fhm bahaye tinggal bdk dlm toilet sorg2.
ReplyDeletechepoh - pool tu ada dh. tp x syok kalo izz main air sorg2. kena tunggu k'long dian & ammar dtg. tp dorg sll dtg mlm2. ceh~
Very descriptive blog, I loved that bit. Will there be a part 2?
ReplyDeleteCheck out my website; get followers