kisah 3 sahabat
Assalamualaikum w.b.t..
Ada satu kisah...
Ada satu kisah...
Kisah 3 orang sahabat bujang,Nadzrin,Harith dan Aizuddin(bukan nama sebenar),pergi melancong selama 3 hari 2 malam ke satu tempat,setelah mereka berjaya menamatkan pengajian di kolej.Alhamdulillah,setelah semuanya diatur dengan baik dan terancang mereka pun pergilah ke tempat yang diimpikan. Sebaik sahaja sampai ke destinasi, perkara pertama yang mereka selesaikan ialah masalah penginapan. Setelah mengenalpasti hotel yang masih mempunyai bilik kosong, mereka pun pergi ke hotel tersebut menaiki teksi. Hotel tersebut merupakan hotel 60 tingkat dan bertaraf 5 bintang.
Setelah berurusan dengan Encik Najmi(bukan nama sebenar),salah seorang receptionist hotel tersebut, mereka pun dapat menyewa satu bilik. Malangnya, bilik tersebut terletak betul-betul di tingkat ke-60 dan itu merupakan satu-satunya bilik yang masih kosong. Mereka tiada pilihan lain lagi. Ada yang seronok dapat bilik tersebut dan ada yang rasa takut(gayat) sebab kedudukannya terlalu tinggi. Sebaik sahaja sampai di bilik tersebut, mereka pun merehatkan badan kerana terlalu penat sepanjang dalam perjalanan dan pada malam itu,sebelum masing-masing melelapkan mata dan pergi kembara mimpi, mereka pun merancang perjalanan dan aktiviti untuk keesokan harinya. Alhamdulillah, keesokan harinya, setelah usai solat subuh berjemaah di bilik, mereka pun bersiap-siap dan mengambil sarapan pagi. Seperti apa yang dirancang,tepat jam 9 pagi, mereka pun memulakan pengembaraan. Setelah semua tempat yang menarik telah dilawati dari pagi sehingga malam, mereka pun pulang ke hotel dengan menaiki teksi. Mereka tiba di hotel tersebut tepat jam 12.30 tengah malam. Huh, masing-masing berada dalam keletihan dan kepenatan. Malangnya, sebaik sahaja mereka masuk ke lobi hotel dan menuju ke lif, mereka baru teringat pesanan Encik Najmi bahawa perkhidmatan lif di hotel tersebut mengamali masalah dan akan tergendala pada jam 12 tengah malam dan ke atas. So, nak tak nak, mereka terpaksalah menggunakan anak tangga untuk sampai ke blik yang terletak di tingkat ke-60. Fuhh, sememangnye memenatkan.
Bayangkan, kalau satu tingkat ada 30 anak tangga, bermakna mereka perlu melalui sebanyak 1800 anak tangga untuk sampai ke tingkat 60 (Batu Caves-hanya perlu mendaki 272 anak tangga untuk sampai ke gua). Demi mengelak kebosanan yang terlampau semasa menggunakan anak tangga untuk sampai ke tingkat 60,mereka pun bersetuju yang setiap orang perlu menjadi penglipur lara untuk setiap 20 tingkat. Setelah bermusyawwarah, setiap 20 tingkat akan ditentukan temanya. 20 tingkat pertama, temanya ialah keseronokan (bercerita kisah2 yang lucu dan berunsur hiburan). 20 tingkat seterusnya, temanya ialah kebijaksanaan ( bercerita kisah2 yang membuka minda dan lebih mematangkan) dan 20 tingkat terakhir, temanya ialah kesedihan (bercerita kisah2 yang menyayatkan hati dan perasaan).
Setelah usai pembahagian tugas, penglipur lara yang pertama,Nadzrin memulakan tugasnya. Sepanjang 20 tingkat pertama, semua terhibur dan ketawa terbahak-bahak mendengar kisah-kisah yang lucu sehingga hampir tidak sedar yang mereka sudah tamat berjalan sebanyak 20 tingkat. Kemudian, giliran penglipur lara yang kedua pula,Harith. Masing-masing terasa banyak perkara yang perlu dimanfaatkan dalam kehidupan ini. Mereka juga mula mengetahui tanggungjawab yang mereka ada kini. Matlamat kehidupan mereka kian jelas dan cerah. Cara mereka berfikir kian matang. Akhirnya, habis juga 20 tingkat tersebut dan hanya tinggal 20 tingkat yang terakhir sahaja lagi. Penglipur lara yang ketiga,Aizuddin terus memulakan tugasnya. Di saat beliau bercerita, mereka semua mula terasa begitu insaf dan sedih sehinggakan ada antara mereka yang menitiskan air mata kerana tersentuh dengan kisah-kisah yang diceritakan. Alhamdulillah,akhirnya,mereka telah tiba di tingkat ke-59. Hanya tinggal satu tingkat sahaja lagi untuk sampai ke tingkat terakhir. Kemudian, Aizuddin berkata,"Weyh,sebenarnya aku ada satu kisah yang sangat-sangat menyedihkan."
Nadzrin dan Harith pun berkata(sambil mengelap air mata),"ceritakanlah...kami da betul-betul sedih dengan cerita-cerita ko yang sebelum ini"
Aizuddin pun menyambung dengan nada yang amat menyedihkan, "sebenarnye...KUNCI BILIK kita tertinggal di dalam teksi.."
"hah???"
"hah???"
pengajaran..
60 tingkat hotel ini boleh diibaratkan purata umur kita di dunia sebagai umat Muhammad s.a.w. Sebagaimana dalam hadith yang diriwayatkan Abu Hurairah,"umur umatku di antara 60 ke 70 tahun,dan tidak ramai yang melebihi daripada itu"(Riwayat Imam Tirmizi).
Realitinya kini,dalam umur 20 tahun yang pertama, sejak kecil lagi kita telah didedahkan dengan hiburan.Kita lebih suka berseronok.Semasa umur meningkat remaja,kita kian alpa.Kita rasa lebih selesa dengan kehidupan dunia sehingga melupakan ada kehidupan kedua selepas ini iaitu di akhirat kelak. Kita hendak mencuba segala perkara yang baru dan menyeronokkan walaupun sudah jelas ianya berdosa. Jiwa kita inginkan kebebasan dan keseronokan. Kita sentiasa menuruti hawa nafsu. Kita terlupa dengan firman Allah s.w.t yang bermaksud,"Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat dengan sepengetahuanNya dan Allah telah mengunci pendengaran dan hatinya serta meletakkan tutup atas penglihatannya? Maka siapakah yang mampu memberinya petunjuk setelah Allah(membiarkannya sesat)? Mengapa kamu tidak mengambil pengajaran?" (45:501)
Umur 20 tahun seterusnya adalah ketika umur kita sedang meningkat dewasa(21-40 tahun). Pada zaman ini, kebanyakan kita baru menggunakan akal dan semakin bijak dalam memahami seni-seni kehidupan. Pada waktu ini juga kita sudah ada tanggungjawab yang besar sebagai pelajar universiti, sebagai pekerja (doktor,engineer,guru dan lain-lain), sebagai suami, sebagai ayah,sebagai anak mertua dan bermacam-macam lagi bentuk tanggungjawab yang kita ada. Sebahagian antara kita yang sudah mula masuk ke alam rumah tangga dan mempunyai anak. Melayan karenah anak-anak, mengurus hal keluarga, mencari nafkah dan lain-lain. Semua ini menjadikan kita insan yang matang dan bijaksana.

Pada umur 20 tahun yang terakhir(41-60 tahun), kita akan mula kembali pada ALLAH. Kita akan mula rasa menyesal dan insaf dengan segala kesilapan yang telah kita lakukan pada masa lalu sebab pada masa ini, kita merasakan ajal kita semakin hampir. Kita melihat ramai sahabat seperjuangan sudah kembali bertemu Allah. Kita semakin addicted untuk beribadah dan makin kerap ke surau atau masjid. Kita rasa sangat menyesal. Semasa ini juga, ada anak-anak kita kian liar dek kerana kurang tarbiyyah islam. Kita akan termenung dan terus menyesal. Menangis keseorangan.
Kunci bilik tersebut,kita boleh ibaratkan seperti islam. Kita akan melihat islam itu amat diperlukan tatkala kehidupan kita kian punah dan bermasalah
Inilah realiti perjalanan hidup masyarakat kita sekarang. Kenapa mesti pada masa umur kita mencecah 40,50 tahun barulah kita mahu menyesal dengan kesilapan yang lalu?Kenapa apabila nasi sudah baru menjadi bubur baru kita hendak kembali ke pangkal jalan?Kenapa??Inilah akibatnya sekiranya kita memisahkan agama dalam kehidupan kita. Kita hanya mempraktikkan agama pada waktu-waktu tertentu. Bukankah Allah telah berfirman dalam surah al-baqarah,ayat 208,"Wahai orang-orang beriman,Masuklah ke dalam Islam secara KESELURUHAN, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan.Sungguh,ia musuh yang nyata bagimu."
Prof Hasan al-Hudhaibi pernah berkata,"Jika matahari mempunyai paksi dan daya graviti,bumi juga mempunyai paksi dan beredar di orbitnya,demikian jugalah hubungan manusia dan agama islam ini. Apabila agama ini hilang daripada manusia,akan pincanglah keseimbangan." Sudah semakin jelas islam amat diperlukan dalam kehidupan kita. Kalau irama tidak boleh dipisahkan dari lagu(kalau dipisahkan,rosaklah lagu) maka begitu jualah islam dengan diri kita. So,sebelum kita terlambat,ayuh kembalikan diri kepada islam!(^_^)
kenapa guna nama Nadzrin, Harith, Aizuddin dan Najmi?
ReplyDelete