“Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk, maka baginya ada pahala yang sama dengan pahala orang yang mengikutinya dan tidak dikurangi sedikitpun juga dari pahala-pahala mereka.” (HR Muslim)

HOME LOAN CALCULATOR

Jom Seminar

Friday, January 28, 2011

Flat untuk dijual di Taman Sungai Besi Indah


Salam semua...
Ada iklan sikit pada sesiapa yang berminat nak beli apartment/flat di seri kembangan iaitu bersebelah dengan Mines shopping complex sila hubungi saya 0126370396 rizal.

Alamat 
D-4-9 FLAT SERI JASA,
TAMAN SUNGAI BESI INDAH
SERI KEMBANGAN
Harga RM 55,000.00 (nego)

Berhampiran Mines & KOMUTER Serdang, Balakong
Tingkat 4, 3 Bilik 650 s/ft, 1 Bilik Air, Balcony, Grill depan belakang.
Lengkap Dgn Pasarana, Kedai, Sekolah, Surau,
Siap Dengan CF (Sijil Layak Menduduki) , Strata Titile & Kelulusan Lembaga Perumahan Selangor
Harga RM 55,000.00 (boleh kurang lagi)
Penyewa Sedia ada, (jika mahu disewakan ) baik untuk pelaburan.
Keadaan flat sentiasa dijaga bersih dan kemas. 
Tiada sampah di sekitar bangunan, koridor, tangga dan sebagainya..
Hubungi Rizal 012-6370396

Direction untuk ke sana:
Selepas Mines ada Petronas dan Shell, terus belok kiri, nampak Klinik pakar wanita Seri Kembangan dan terus ke kanan masuk area flat. Ikut Jalan sungai besi indah 1/2a.
Dari tepi jalan terus boleh nampak flat in. 
Hubungi Rizal 012-6370396




Friday, January 21, 2011

Vandalism, Vandalisme, Laku Musnah...

Salam...

Tadi masa on the way ke masjid kampung Tunku di  P/Jaya, ternampaklah ada 2 papan tanda yang telah diconteng oleh mereka-mereka yang kurang kesedaran sivik.  Rasanya jumaat minggu lepas belum lagi jadi macam nih!

Mengikut Wikipedia versi bahasa melayu adalah: 
Laku musnah atau Vandalisme merujuk kepada tabiat seseorang membinasakan harta benda awam dan juga harta benda orang lain.
Selanjutnya...
Pada lazimnya, laku musnah ditanggap sebagai satu bentuk jenayah, tetapi pada keadaan tertentu, vandalisme merupakan satu bentuk ritual yang dilakukan oleh golongan manusia yang tidak puas hati terhadap kondisi mayarakat.  Dipetik dari sini 

Cakap banyakpun tak guna. Jom kita tengok gambar disalah satu lokasi  untuk ikhtibar buat semua dan harap-harap ada tindakan dari pihak berjawib.

Gambar 1: Gambar keseluruhan papan tanda yang telah diconteng.
Gambar2: Zoom besarkan gambar. Lokasi kejadian kurang jelas?
Gambar3: Tu diaaa! Dah jelas lokasinya kan.. Ape lagi korang, buatlah aduan!

Friday, January 7, 2011

Potong Kuku

Salam Semua...

Hari ini aku nak kongsi cerita bagaimana menjaga kebersihan ketika memotong kuku. Kaedah yang cukup mudah, selamat dan praktikal. Kaedah ini adalah untuk memastikan tiada serpihan kuku yang terpelanting keluar dan kadang-kadang ianya boleh terkena pada mata atau mungkin masuk ke dalam makanan atau minuman anda. Elakkan!
Caranya seperti dibawah:
1. Balutkan pemotong kuku dengan sealer tape.
2. Potong kuku seperti biasa.
3. Buka balutan sealer tape dan hasilnya...
   TADAAA>>>>>>>>>>>


Selamat Mencuba dan Bersolat Jumaat....

Wednesday, December 29, 2010

Buatlah Renungan Kendiri

Salam semua...

Aku ada baca dari satu blog nih... Sangat sesuai untuk santapan minda. Ada satu renungan yang aku ambil dari blog ini untuk kita fikir-fikirkan. Mungkin kita terlepas pandang hal ini. Tepuk dada tanya selera.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Buatlah Renungan Kendiri

Jika akhir-akhir ini diri kita berasa semakin jauhhhh daripada tarbiyyah dan orang-orang soleh.......(sedangkan dulunya kita agak/ memang rapat dengan kedua-duanya)....... maksudnya ada sesuatu yang tidak kena dengan kehidupan kita. Mari 'check' amal-amal kita... (yang telah kita buat dan yang sedang kita buat) ....... mungkin ada jawapannya.
Sebaliknya... jika akhi-akhir ini berasa diri semakin rapat dengan tarbiyyah & orang-orang soleh... maksdnya Tuhan sedang mnghalakan kita ke jalan-Nya. Ambil masa dan buat renungan kendiri... ke mana & di mana kita akhir-akhir ini...Tidak sekadar merenung... bertindaklah!
* Ini salah satu cara saya bermuhasabah. Mungkin berkesan juga untuk tuan-tuan.

Wednesday, December 1, 2010

Gadai Nyawa Demi Isteri

Salam Semua...

Terharu aku baca dari paper tentang pengorbanan seorang suami ke atas isterinya. Cerita ni sangat baik untuk jadikan tauladan kepada kita semua. Semoga roh arwah dicucuri rahmat.. Al-fatihah..

KUALA TERENGGANU: Demi menyelamatkan isterinya, seorang penoreh getah sanggup menggadaikan nyawa apabila merelakan dirinya disengat ribuan lebah sehingga dia terbunuh dalam kejadian di Kampung Tanah Lot, Pasir Gajah, Kemaman, kelmarin.

Akibat kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, Ali Din, 54, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Kemaman manakala isterinya, Khersiyah Engku Hassan, 51, turut cedera dan dimasukkan ke wad selepas terdapat 102 kesan sengatan pada badannya.

Kejadian berlaku ketika pasangan suami isteri itu berjalan kaki pulang ke rumah selepas selesai menoreh getah di kebun milik mereka sebelum seekor lebah tiba-tiba menyengat pipi Khersiyah.

Secara spontan, Khersiyah menampar lebah di pipinya hingga serangga itu mati, namun selang beberapa saat kemudian ribuan lebah muncul dan menyerang pasangan itu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat berkata, dalam keadaan kelam-kabut dan kesakitan, pasangan itu lari mendapatkan bantuan pekerja asing di rumah kongsi tidak jauh dari situ.

Menurutnya, kumpulan pekerja asing itu menyerahkan selimut kepada Ali dan Khersiyah sebelum mereka turut melarikan diri ke semak berhampiran akibat disengat.

“Selepas mendapat selimut, si suami menyelimuti isterinya, tapi mereka terus berlari hingga si suami akhirnya terjatuh. Si isteri
cuba membantu, tapi suaminya menyuruh dia terus lari menyelamatkan diri.

“Kebetulan, ada satu tong besar berisi air tidak jauh dari situ dan suami menyuruh isterinya menuju ke tong itu dan menyelam bagi mengelak terus disengat,” katanya.

Beliau berkata, biarpun keberatan, Khersiyah akur arahan suaminya dan tindakan itu menyelamatkan nyawanya manakala Ali terus disengat ribuan lebah hingga tidak sedarkan diri.

Menurut Abdullah Sani, selepas keadaan agak terkawal Khersiyah pulang ke rumahnya dan mendapatkan bantuan ahli keluarga.

Katanya, seorang adik ipar Khersiyah segera membantu wanita itu dan turut bergegas ke tempat Ali terlantar tidak sedarkan diri sebelum membawa mereka berdua ke Hospital Kemaman. “Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital dan dia menghembuskan nafas terakhir di atas riba isterinya,” katanya. Abdullah Sani berkata, hasil bedah siasat, doktor mengesahkan Ali meninggal dunia disebabkan mengalami alahan pada sengatan lebah manakala isterinya yang mempunyai 102 kesan sengatan di badan masukkan ke wad sebelum dibenarkan keluar pagi semalam.

Menurutnya, jenazah Din sudah dituntut anggota keluarganya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pasir Gajah di sini, kira-kira jam 11 pagi semalam.
sumber asal: Klik sini.

Tuesday, November 9, 2010

Rumah Untuk Dijual

Salam Semua...

Kepada sesiapa yang ingin membeli rumah bolehlah hubungi saya untuk keterangan lanjut.
 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Rumah teres 1 tingkat 2 bilik, 1 bilik air.
Price: RM 139 000 (blh nego)              Bedrooms: 2       
Type: Houses                                         Size: 500 sq.ft.
Title type: Leasehold                             Tenure: 99

Alamat: No. 16 JLN 1/8 B, 
Bandar Baru Bangi, Selangor

Keterangan Lanjut: 
Terletak di kawasan yang strategik, di fasa 1 tengah-tengah Bandar Baru Bangi.
10minit ke Putrajaya dan Cyberjaya,
Berhampiran dengan semua kemudahan seperti Surau, Pasar malam, Shell, Bank, Sekolah, UKM, GMI dan lain-lain.
Kawasan tanah luas didepan dan bahagian belakang rumah.
Penyewa sedia ada.
Bank dan Lawyer boleh diuruskan.
Booking fees 3% dan baki deposit 7% dibayar bila sign "Sales & Purchase Agreement".


Thursday, October 28, 2010

Road connecting Taman Kinrara to Old Klang Road opens

Salam.

Just nak share, sape2 yang tinggal kat area puchong especially kat taman kinrara sekarang ni dah boleh gune jalan by-pass ke petaling jaya... Sangat berbaloi pada yang kerja area Pj. Aku dulu sewa kat kinrara memang tertunggu-tunggu bila nak buka jalan tuh...

Info click here

Saturday October 23, 2010

A 350-metre road connecting Taman Kinrara in Puchong to Taman Sri Manja in Old Klang Road is open to traffic today. The RM13.1mil road is also connected to the Kesas highway. The road also connects Jalan Kinrara Seksyen 3 and Taman Sri Manja, near Taman Sri Sentosa to Old Klang Road. 

Yesterday, workers wers still putting the final touches on the road. Senior Selangor state executive councillor and Kinrara assemblyman Teresa Kok said the residents from Puchong and Old Klang Road would now have an alternative route instead of using Jalan Puchong.

“For the past eight years, Puchong residents wanted this shortcut and it is now finally open to traffic. “This road will shorten the route to their destinations for many residents,’’ said Teresa, who was present together with Kelana Jaya MP Loh Gwo-Burne.

Thursday, October 14, 2010

Terkunci Dalam Bilik Air

Salam Semua...

Sabar jelah..
Kali ni aku nak cerita tentang anak bujang aku, pasal Izz. Pada hari ahad 10/Oct/2010, lepas bermandi manda dengan budak sorang nih, aku keluar kejap sebab Izz merengek rengek nak main air lagi. Kesian punya pasal lah aku biarkan dia sorang sorang kat bilik air yang sekangkang kera tu.


Aku pergi dapur kejap nak minum, sambil tu suruh orang rumah tolong settle kan pasal budak bertuah sorang ni. Tengah minum bini aku menjerit pasal pintu bilik air dah terkunci.

Astafirullah Al azimm... tak sampai seminit aku tinggalkan dah pandai buat hal! Ape nak jadik budak sorang nih, terlampau pandai lah ni, pantang tengok orang buat dia nak buat jugak!

Bini aku dah mula membebel macamane nak buka pintu. Emmm.. Macam kesinambungan pulak cerita ni dengan post yang aku buat sebelum ni (cerita ini bukan rekaan). Haha.. Nak kena jadi Mcgiver lagi le nampaknye.

Nasib baik bilik air guna kunci selak jenis plastik, kalau besi/ metal alamatnya kena terajanglah pintu nih. Aku dengar Izz yang dalam bilik air tu nyanyi nyanyi sambil menjirus air. Sukalah tu... Kejap lagi rasakanlah penangan gaban dari aku ni.

Disebabkan pintu bilik air tu ada gap, aku try guna benda tajam untuk tolak selak ke arah pintu. Cari punya cari jumpalah garpu, tapi tak berjaya (rupanya anak aku lock kan selak tu ke bawah supaya kitorang tak boleh tolak ke kiri @ kanan). Bini aku suggest kasik potong itu selak.. Manyak bagus itu idea lor. Aku ambik pisau dan panaskan dulu dengan api supaya senang nak potong nanti.

Bagus kalau gune gergaji.. tapi macamana aku tak teringat masa tuh. Takpelah, tengah menggelabah rembat ajelah apa yang ada depan mata. Akhirnya berjaya jugak kitorang buka pintu dengan perasaan yang sangat menyirap.

Sekarang nih pintu bilik air masih tak dibaiki lagi. Malas!

Pesanan Penaja: Jangan tinggalkan anak kita seorang diri dalam bilik ataupun bilik air. Nanti tak pasal pasal...

Saturday, September 18, 2010

Pintu Bilik Terkunci

Salam Semua...

Selamat Hari Raya aku ucapkan, semoga kalian semua berbahagia dan selamat kembali dari kampung halaman tanpa sebarang kejadian yang tak diingini.


Kejadian ini berlaku pada malam Jumaat kira-kira jam 11 hingga 11.40 pm. Pintu bilik rumah aku terkunci dari dalam/luar dan yang paling sangap bini aku ada kat dalam bilik. Aku pulak ade kat ruang tamu tertido bersama anak2 dan mak bapak mertua. Bini aku tak boleh buka pintu dari dalam bilik. Haha lawak ngeri betullah kan..

Adakah kerana malam tu malam jumaat dan ade cubaan dari makhluk lain mengganggu kami? Jumaat Malam Kliwon!!!

Aku baru je terjaga dari tido dan nak ke toilet yang ada kat dalam bilik tu. Ingatkan bini aku saje nak kunci bilik, ape lagi sebagai lelaki egois maki hamunlah bini aku dapat time tuh 3bzs#@(6%$#!}{%... Perang mulut kejap time tuh, sambil godek2 pintu mana tau boleh bukak. Bini aku boleh pulak tak buat ape2 sambil sms ngan kawan2 die tengah malam buta.

Cermin mata aku tah kat mane menyorok time tuh, menggagau aku carik kat sofa, cabinet TV semuanya tak ade. Dah mula panas nih. Zasss... Sekali lagi sebagai lelaki egois bini aku dapat 3bzs#@(6%$#!}{%... Sebabnya sebelum tido aku pas kat bini aku suruh simpan tak tempat biasa takut anak bujang aku main. Boleh pulak die nafikan yang die tak simpan cermin ajaib aku tuh.. sabajelah. (Sebenarnya bapak mertua aku tolong simpankan sebab bini aku main letak aje kat atas toto).

Dalam hati aku kata 'Mungkin malam jumaat kot, bulan puasa dah abis'..Seram sejuk aku dibuatnya.

40 minit jugak aku cuba ikhtiar dan buat macam dalam cerita MacGyver kat TV dulu, korang ingat lagi tak cerita tuh! Dengan mata yang tak berapa clear ni aku guna pin cocok2 lubang mane patut, dawai pun sama, suruh bini aku guna kad lah, godek2 pintu lagi. semua tuh tak menjadi...nak aje aku hentak dengan tukul bagi pecah pintu tapi tunggu dulu sampai habis idea.

Mertua aku terjaga bukan sebab bunyi bising aku memomen pintu bilik tapi dek bunyi bising mulut aku tak henti2 ngomel cam itik serati. hahaa, diorang paham kot.. Maafkan anakanda yer!
 'Ada anak kunci tapi tak boleh bukak. Mesti selak kunci jem yang kat dalam tuh'. Sebagai seorang jurutera mekanikal itulah yang terlintas dalam hati aku. Sambil tuh dalam hati aku baca jugaklah ape2 yang patut, manelah tau kan malam jumaat.

Entah macam mana masa aku godek2 pintu tuh tiba2 terbuka sendiri.. Aneh sungguh!!!
Sadis betullah malam tuh.

Untuk sementara nak elakkan kejadian yang sama berulang lagi, aku gunakan tukul untuk bengkokkan plat (lubang selak) yang ade kat dinding. Nanti ade masa tukar baru!

So, sebagai pengajaran lepas dapat kunci rumah time nak masuk rumah dulu, tukarlah tombol pintu yang mahal sikit atau jenis selak lagi bagus.
Try link nih untuk info.

Tuesday, September 7, 2010

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum...

Kepada semua pengunjung blog ini saya ingin mengucapkan salam aidilfitri kepada anda semua, kemaafan saya pohonkan di atas sebarang kesalahan.

Ketika pulang ke kampung halaman, berhati-hatilah semasa memandu, ingat orang tersayang..
“Pandu Cermat Jiwa Selamat”.

So sekali lagi diucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin kepada semua..
Sekian

Friday, August 20, 2010

HOW TO CONVERT PDF VERSION

Salam Semua...

Kali ni saje nak share information pasal PDF file.
Kadang-kadang sesetengah PDF file yang kita terima tak buleh dibuka. Ini disebabkan adobe acrobat 7.0 professional yang kita menggunakan version yang belainan dari PDF yang diterima.
Ambil langkah-langkah dibawah untuk menukar version.

HOW TO CONVERT PDF FILE VERSION FROM 1.5 TO 1.3 OR 1.4

1. Open through adobe acrobat 7.0 professional

2. Click icon Advanced and select on PDF optimizer…

3. On Make Compatible With: Choose the latest such as ‘Acrobat 5.0 and later’ or others try any one.

4. Then save the data..

5. Lastly you can check at properties and the version is changed to 1.4V or 1.3V.

-Good Luck-

Wednesday, August 4, 2010

Blog Berwajah Baru...

Salam...

Cubaan... Cubaan...
Sekarang nih templete untuk blog aku berubah...
Sedang dalam proses editing.

p/s Sila klik ruang Business dan Gambar

See ya!

Thursday, July 22, 2010

My Baby Picture..

Salam..

Ini gambar terbaru anak kami yang kedua, Nor Izni Hasanah. Gambar diambil oleh member opis aku, katanya kalau ade sesape berminat nak guna kepakaran dia bolehlah contact..
Harga boleh runding..


Klik Sini untuk maklumat lanjut..

Monday, July 19, 2010

Sambut Bulan Ramadhan ker Hari Raya..

Salam semua...
Puasa dah dekat sangat dan apa yang terlintas dulu kat pikiran korang..
Nak sambut Puasa ker Raya!


Preparation untuk Bulan Ramadhan:
Solat terawih, surau @ masjid yg paling cepat abis..
Pasar ramadhan mana yang best..
Tengahari tido..
itu aje kot!

Preparation untuk Hari Raya:

Shopping/tempah baju raye brape banyak..
Kue raya, brape banyak..
Tukar langsir rumah..
Raya tahun kat mana..
Open house..
Tukar/beli kete/moto..
dll..

 
Bergembiralah dengan kedatangan bulan Ramadan. Rasulullah saw. selalu memberikan kabar gembira kepada para shahabat setiap kali datang bulan Ramadan, “Telah datang kepada kalian bulan Ramadan, bulan yang penuh berkah. Allah telah mewajibkan kepada kalian untuk berpuasa. Pada bulan itu Allah membuka pintu-pintu surga dan menutup pintu-pintu neraka.” (HR. Ahmad).

Kegembiraan Rasulullah saw & para sahabat ra dalam menerima kedatangan rahmat Allah iaitu Shahru Barakah Ramadhan - adalah dengan penuh berseri-seri seolah-olah menanti kedatangan kekasih yang lama dirindui. Inilha sikap generasi silam yang perlu kita HIDUPKAN kembali. Satu budaya Ibadah, satu sikap Imaniah & Ruhi yang perlu kita bersama didik dengar sedar dalam diri kita dan Umat.

Kita harus berusaha ke arah itu..

Wednesday, July 14, 2010

Sijil Kelahiran Tanpa Bapa.

Salam..

Baru-baru ni aku terdengar berita radio yang mengatakan sebanyak 200ribu lebih sijil kelahiran adalah tidak mencatatkan nama bapa. Opsss... apa makna semua nih!!!
Jadi aku check kat internet seperti yang tertera dibawah...
Korang baca dan fikir-fikirkan apa nak jadi sekarang nih!

IPOH 1 Julai – Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah bertitah, negara sedang berdepan krisis moral yang membimbangkan apabila perangkaan menunjukkan 257,000 sijil kelahiran yang dikeluarkan dari tahun 2000 hingga Julai 2008 tidak mencatatkan nama bapa.

Titah baginda, berdasarkan perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) itu, ini bermakna 2,500 anak luar nikah direkodkan setiap bulan atau purata 84 kes setiap hari.

Tambahnya, perangkaan dari 1999 hingga 2003 mencatatkan 70,430 anak luar nikah didaftarkan iaitu 30,978 beragama Islam, Hindu (18,085), Buddha (17,236) dan Kristian (3,395).

Baginda bertitah, anak luar nikah berketurunan Melayu meningkat daripada 16,100 pada tahun 2007 kepada 16,541 dalam tahun 2008 dan 17,303 pada 2009.

“Nyatalah masalah anak luar nikah makin meningkat. Lebih mendukacitakan, perlakuan meninggalkan bayi baru lahir termasuk di tepi-tepi jalan dan di dalam tong sampah semakin menjadi-jadi.

“Perangkaan Jabatan Kebajikan Masyarakat mencatatkan sejak tahun 2004, sebanyak 506 kes membuang bayi dengan jumlah terbesar sebanyak 102 kes pada tahun 2008,” titah baginda.

Baginda bertitah pada Persidangan Ke-172 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) di Kompleks Islam Darul Ridzuan di sini.
Klik sini

Friday, June 18, 2010

Anugerah Illahi

Salam...

Alhamdulillah syukur... ungkapan pertama selepas berjaya orang rumah bertarung nyawa untuk melahirkan bayi kami yang kedua.. NUR IZNI HASANAH itulah namanya..




NUR IZNI HASANAH BINTI FARIZAL (cahaya, kebenaran, yang baik), puteri pertama kami, zuriat kedua dan adik Muhammad Izz Haris.

Tarikh lahir: 6 Jun 2010 (Ahad) 23 Jamadil Akhir 1431
Masa lahir : 9.23 pagi
Tempat lahir: PPUKM, Cheras
Berat : 3.15 kg
Panjang : 48 cm
Ukurlilit kepala : 34 cm



Tuesday, June 1, 2010

5S@home


Salam Semua..

Video ini adalah rakaman yang aku ambil semalam. Tengoklah telatah anak aku yang sorang nih...

harap-harap esok dah besar jadi budak rajin... Insya'Allah...

Friday, May 21, 2010

Berhati hati dengan Internet Banking

Salam Semua...

Kali ini aku nak bagitau pasal SPAM mail yang aku dapat semalam berkenaan internet banking. Pada bahagian bawah aku klik untuk ke link yang disambungkan. Lihat gambar untuk lebih jelas.

Gambar-gambar dibawah adalah percubaan untuk melihat sendiri perbezaan antara web site internet banking yang betul dan salah. Perhatikan baik-baik dan berwaspadalah dengan email sebegini.
                                                         
Gambar dibawah adalah web site palsu

Friday, May 14, 2010

Doa Hindarkan Segala Kemudaratan...

Salam Semua...

Petikan dibawah diambil dari Darussyifa'. Semoga kita semua mendapat berkat dan manfaat.

DOA YANG SANGAT WAJAR DIAMALKAN DI ZAMAN INI (AYAT PENGERAK)

Oleh: Ismail bin Abu Bakar

Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut;

Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut.
Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;


Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut;

1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
3. Berbahaya
4. Melarat, Bertambah Payah


Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;

1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3. Selamat dari bahaya.
4. Tidak melarat, Menjadi Senang.

Keberuntungan beramal dengan doa ini;

Terhindar Daripada Bahaya
Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;


• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.


• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.


Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.

Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan
Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.

Terhindar Daripada Sihir
Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.

Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.

Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.

Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.

Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus
Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.

Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.

Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.

Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya, insya'Allah.

Sumber dipetik dari sini

Thursday, May 13, 2010

Selamat Hari Guru


Salam Semua...


Aku nak ucapkan selamat hari guru kepada semua guru-guru yang mengajar aku dari tadika sampailah habis belajar. Sempena sambutan hari guru pada 16/Mei/2010 ini, aku harap semua guru yang ada dapat memberi tunjuk ajar dan bimbingan yang berguna kepada anak bangsa kita, moga jadi insan berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Tanpa guru siapalah kami...


Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

P/s: Selamat Hari Guru kepada dua abang ipar aku dan sorang bakal kakak ipar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...