“Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk, maka baginya ada pahala yang sama dengan pahala orang yang mengikutinya dan tidak dikurangi sedikitpun juga dari pahala-pahala mereka.” (HR Muslim)

HOME LOAN CALCULATOR

Jom Seminar

Thursday, May 13, 2010

Selamat Hari Guru


Salam Semua...


Aku nak ucapkan selamat hari guru kepada semua guru-guru yang mengajar aku dari tadika sampailah habis belajar. Sempena sambutan hari guru pada 16/Mei/2010 ini, aku harap semua guru yang ada dapat memberi tunjuk ajar dan bimbingan yang berguna kepada anak bangsa kita, moga jadi insan berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Tanpa guru siapalah kami...


Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

P/s: Selamat Hari Guru kepada dua abang ipar aku dan sorang bakal kakak ipar.

2 comments:

  1. ibubapa anda juga secara teknikalnya adalah guru kepada anda sejak anda lahir sampai lah pada detik ini.

    ReplyDelete
  2. Iya sy setuju.. Ibu-bapa adalah guru sepanjang hidup

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...