Salam Semua...
Hari Selasa minggu lepas anak aku Izz Haris, tak sihat sebab kat badan die timbul bintik bintik merah dan kitorang pergi klinik permaisuri, Cheras. Doc kata dia kena chicken pox atau cacar air dan dapat ubat anti-viral untuk elakkan dari terus merebak..
Sebenarnya anak aku terkena jangkitan ni daripada budak-budak yang mak mentua aku jaga kat rumah. Dah 2 orang yang kena, jadinya anak aku yang ketigalah. Aku ingat chickenpox nih tak berjangkit...
Gambar Hiasan
Kesian anak abah...
Emm..Yang bagusnya Izz tak demam cuma merengek sikit-sikit. Inya'Allah sikit hari lagi baiklah tuh..
Kat bawah ni ada cerita sikit pasal chickenpox untuk panduan korang yang aku ambil dari internet...
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Chicken pox juga dikenali sebagai cacar air, jintungan atau bertih (mengikut dialek daerah).
Ia disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan amat mudah berjangkit. Ia
berlaku pada semua peringkat umur, biasanya pada kanak-kanak. Ia lebih teruk sekiranya
berlaku kepada orang dewasa. Rebakan adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada
orang dijangkiti. Rebakan juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti
pada pakaian atau tuala dari penghidap chicken pox.
Pengidap chicken pox boleh merebakan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan
boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping.
Kayap (herpes zoster) ialah infeksi dari virus yang sama dan berlaku pada di masa hadapan
(umur dewasa).
Tanda dan Gejala
Pengidap chicken pox akan mengalami demam dengan bintik-bintik merah pada kulit.
Kawasan bintik-bintik merah melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh
tubuh. Ruam chiken pox akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku.
Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh
mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi
air pecah ia menjadi kering dan berkeruping. Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan
pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut.
Gejala lain ialah sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan
terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair dua hari sebelum bintik-bintik
merah timbul.
Komplikasi
Ruam atau cacar air Chickenpox akan berkurangan dalam jangka masa 2 minggu dan
biasanya tiada komplikasi. Adakala penyakit boleh jadi teruk walaupun pada kanak-kanak
yang sihat dan mengakibatkan komplikasi teruk termasuklah kematian. Kumpulan berisiko
untuk jangkitan serta mendapat komplikasi teruk:
• Bayi baru lahir, di mana ibu tidak penah mengidap chicken pox atau pelalian chicken pox.
• Ibu mengandung menyebabkan kesan pada bayi dalam kandungan seperti tak cukup berat
dan kecacatan anggota boleh berlaku. Sekiranya ibu mengidap chickenpox seminggu sebelum
kelahiran, ia boleh menyebabkan jangkitan serius serta membahayakan nyawa pada bayi.
• Orang yang lemah atau kurang daya tahan akibat penyakit lain seperti HIV, barah sumsum
tulang (leukaemia) dan pesakit kanser dalam rawatan kemoterapi. Orang yang mengambil
steroid berpanjangan pesakit asma dan sindrom nefrotik.
• Penghidap sakit radangan kulit (inflammation eczema).
Komplikasi akibat chicken pox:
• Jangkitan kulit- menjadi lebam merah, bengkak dan sakit. Dehidrasi akibat muntah
berterusan atau tidak minum air. Tanda dehidrasi ialah kurang kencing, mulut kering dan
dahaga.
• Kerosakan otak akibat radangan otak. Tanda-tanda radangan otak ialah sakit kepala teruk,
keliru, mudah marah, leher keras dan belakang mengeras serta tidak sedarkan diri.
• Radang sendi- sendi menjadi sakit, kejang dan bengkak
• Jangkitan paru-paru (Pneumonia)- tanda-tanda seperti batuk, susah bernafas, pernafasan
berbunyi (wheezing) dan sakit dada.
Rawatan
1. Ubatan anti-viral :
Acyclovir atau immuno globulin diguna untuk merawat chicken pox. Rawatan amat
berkesan sekiranya diambil segera dalam tempoh 24 jam dijangkiti. Ia akan
mengurangkan keterukan dan komplikasi akibat chicken pox. Semua orang dewasa
mendapat kebaikan dari rawatan antiviral di awal penyakit terutama yang kurang
sistem daya tahan (orang lanjut usia, pesakit diabetes, pengidap HIV& AIDS serta
rawatan steroid).
2. Rawatan antibiotik
Komplikasi akibat chicken pox ; radangan kulit dan radangan paru-paru memerlukan
rawatan antibiotik. Pesakit yang mendapat radang otak hendaklah dimasukkan ke
hospital untuk rawatan antivirus.
3. Rawatan di rumah
• Sapu losyen calamine.
• Ubatan antihistamin kurangkan gatal-gatal
• Panadol untuk demam
Pencegahan
Pelalian memberi ketahanan sepanjang hayat, diberi pada umur 12-18 bulan. Pemberian
pelalian- bawah umur 13 tahun terima hanya 1 dos, selepas umur 13 tahun. 2 dos, selang
masa 4-8 minggu antara dos 1 dengan dos 2. Pelalian aktif diberi kepada kanak-kanak
berisiko (antara 1- 5 tahun) sekiranya ahli keluarga ada chiken pox.
dan semalam Izz tergolek sampai bibir berdarah. dahla abah takde, meragam aje time tdo. 2.30 pagi masukkan dia dalam buai. baru nyenyak sampai pagi. huhu~ cian Izz!
ReplyDeleteeish mana kau pergi malam-malam 2.30pagi tu farizal?!
ReplyDeleteko x paham ker..
ReplyDelete2.30 pagi masukkan anak aku dalam buai..
Semalam aku balik umah S/Alam.
Kau lari dari rumah ke?ish..ish ..ish....
ReplyDeleteseperti biasa..copy n paste huhu