“Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk, maka baginya ada pahala yang sama dengan pahala orang yang mengikutinya dan tidak dikurangi sedikitpun juga dari pahala-pahala mereka.” (HR Muslim)

HOME LOAN CALCULATOR

Jom Seminar

Thursday, December 31, 2009

Gerhana Bulan Separa Warnai Permulaan 2010. Apa petandanya?

Gerhana Bulan Separa Warnai Permulaan 2010. Apa petandanya?

Posted on Wednesday, December 30 @ 16:42:33 PST Dilulus untuk paparan oleh CyberSniper
Oleh: ustnik

"Fenomena gerhana bulan separa dijangka berlaku Jumaat ini, 1 Jan 2010 (15 Muharam 1431H) bermula pukul 1.17 pagi hingga 5.28 pagi waktu tempatan. Menurut kenyataan Jakim hari ini, gerhana bermula dengan fasa penumbra pukul 1.17 pagi dan mencapai tahap gerhana maksimum pukul 3.24 pagi.

“Gerhana ini dijangka berakhir pukul 5.28 pagi. Gerhana jelas hanya dapat dilihat apabila bulan memasuki bayang umbra bumi dari pukul 2.53 pagi sehingga gerhana maksimum,” kata kenyataan itu. Rasa-rasa saya sepanjang 2009 ini acapkali gerhana berlaku-bulan atau matahari.

Banyaknya berlaku gerhana menjadi petanda akhir zaman. Bahkan hampir semua tanda kecil Kiamat sudah berlaku. Hanya menunggu tanda besar sahaja. Mat Saleh lagi cepat mahukan Kiamat, 2012 dah berlaku. Dengan teknologi canggih cuba digambarkan peristiwa Kiamat. Tapi hanya di bumi? Sedangkan Kiamat berlaku melibatkan seluruh alam. Dan hakikat Kiamat dengan kedahsyatannya hanya Allah yang tahu.

Kita tak tahu tarikh Kiamat sebenar. Sepuluh tahun lagi, seribu tahun lagi, sejuta tahun lagi. Disebut man maata faqad qaamat qiamatuhu (sesiapa yang mati berlakulah kiamat dirinya). Kematian cukup hampir. Tragedi pengantin sekejap, kemalangan bas ekspres 2 tingkat, seorang lelaki tua Cina meninggal di restoran sebelum order minuman dan lain-lain membuktikan kematian sangat hampir.

Gerhana adalah fenomena alam ciptaan Tuhan, tetapi bukan sebarang fenomena. Ia tanda kebesaran Tuhan, tetapi bukan sebarang tanda. Manusia berfikir akan berjaga-jaga dan sentiasa insaf sementara yang fasiq terus lalai dengan kefasiqannya. KeFASIQan mereka bermula dengan sambutan di ambang 2010 malam ini.

sumber dipetik dari
http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=1416

p/s: Dunia akhir zaman..macam2 berlaku

1 comment:

  1. jom same2 renung2kan..mungkin ni gerhana yg terakhir utk kita semua..
    mungkin jgk kita xsempat pon nk tgk gerhana mlm ni!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...