“Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk, maka baginya ada pahala yang sama dengan pahala orang yang mengikutinya dan tidak dikurangi sedikitpun juga dari pahala-pahala mereka.” (HR Muslim)

HOME LOAN CALCULATOR

Jom Seminar

Thursday, December 31, 2009

Keputusan terbitan gereja guna nama Allah hari ini

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan Kuasa-Kuasa Khas) semalam menangguhkan kepada hari ini bagi memutuskan sama ada perkataan ‘Allah’ boleh digunakan dalam penerbitan Herald Catholic Weekly. Hakim Datuk Lau Bee Lan yang sebelum ini menetapkan semalam untuk membuat keputusan itu dalam kamar beliau, bagaimanapun memutuskan menangguhkannya kepada jam 3 petang hari ini.

Perkara itu disahkan oleh peguam S Selvarajah yang mewakili Titular Roman Catholic Archbishop ketika dihubungi Berita Harian, semalam. Selvarajah berkata, beliau dimaklumkan oleh kakitangan mahkamah berhubung penangguhan itu melalui panggilan telefon pada jam 8.30 pagi semalam. Ditanya sama ada mahkamah memberikan alasan mengapa penangguhan itu dibuat, Selvarajah berkata, “Antara alasannya adalah mahkamah memerlukan lebih masa”.

Permohonan bagi semakan kehakiman berhubung penggunaan perkataan ‘Allah’ dalam penerbitan Herald Catholic Weekly itu dikemukakan oleh Ketua Paderi, Tan Sri Murphy Pakiam. Pada 16 Februari lalu, Pakiam, sebagai penerbit akhbar berkenaan, mengemukakan permohonan baru bagi mendapatkan semakan semula penghakiman selepas permohonan serupa pada 2008 dianggap bersifat akademik berikutan tamatnya tempoh sah permit penerbitan itu pada 31 Disember 2008.

Dalam permohonan semakan kehakiman itu, Pakiam yang bertindak sebagai pemohon, menamakan Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia sebagai responden, pertama dan kedua. Pakiam, antara lain menuntut perisytiharan bahawa keputusan responden pada 7 Januari 2009 yang melarang beliau menggunakan perkataan ‘Allah’ dalam He-rald Catholic Weekly adalah menyalahi undang-undang dan perkataan ‘Allah’ bukan eksklusif untuk kegunaan agama Islam saja.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...