Salam semua...
Hari ni (26/Apr/2010) aku dan Firdaus pergi ke Lembaga Hasil Dalam Negeri kat Jalan Duta, KL. Minggu ni adalah tarikh terakhir untuk kemukan taksiran tahun 2009.
Sudahkah anda? Saya sudah!
Biasalah kalau buat kerja last2 minit nih, ia bagus untuk menguji minda dan kesabaran kononnya...haha.
Ini bukannya kali pertama aku isi e-filing nih, tapi sebab terlupa kata laluan walaupun 2-3 kali cubaan. Penyudahnya, "Kata laluan anda disekat. Sila rujuk ke cawangan terdekat untuk maklumat lanjut". Sabarje lah..
e-Filing adalah satu kaedah menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan secara elektronik melalui Internet.
Mudah sebenarnya..
Aku kan sengal, sepatutnya kliklah kat "Terlupa Kata Laluan". Hehe..
Masa kat LHDN, aku ingatkan ambil masa lama untuk settlekan masalah nih, tapi tidak semuanya berjalan lancar dan mudah untuk berurusan. Dengan jumlah komputer yang banyak serta pegawai yang bertugas ramai dan peramah mempercepatkan lagi kerja2 mengisi borang. Rasa macam tak percaya pulak servis diorang tuh tip top... Thanks to LHDN (Promote skit).
Masa kat LHDN, aku ingatkan ambil masa lama untuk settlekan masalah nih, tapi tidak semuanya berjalan lancar dan mudah untuk berurusan. Dengan jumlah komputer yang banyak serta pegawai yang bertugas ramai dan peramah mempercepatkan lagi kerja2 mengisi borang. Rasa macam tak percaya pulak servis diorang tuh tip top... Thanks to LHDN (Promote skit).
Bab kene bayar cukai nih mesti ada yang marah2... tak terkecuali aku sendiri.
Contoh ayat biasa kita dengar;
1. Aku tak pahamlah camner aku kena bayar cukai tapi kau tak kene, padalah gaji aku sikit dari kau!... Mungkin anda tak bayar zakat kot.
2. Kerajaan dah takde duit ke nak amik duit aku nih. Aku bukannya keje gomenpun!... Ooops!! No comment!
3. Haiya.. itu goverment aaa! memang tak mau kasik kita kayye lor! @#$**^&? nang butinang..koi butikoi!... Ooops!!
4. Ahhh.. Malaslah aku nah declare, bukannya kena samanpun!
5. I Ok ape! isi jer borang, tapi rasenya tak kene cukai coz I kan banyak tanggungan!
6. Apsal lembab sangat nternet nih! camnerlah nak isi borang!..
Dan macam2 lagilah kerenahnya.. Tapi kalau menipu masa isi formpun boleh tahan jugak. Semuanya sebab nak elakkan dari kena bayar cukai...
Banyak sangat alasan..
Tepuk dada tanya selara..
Rujuk sini untuk ke e-borang.
No comments:
Post a Comment