“Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk, maka baginya ada pahala yang sama dengan pahala orang yang mengikutinya dan tidak dikurangi sedikitpun juga dari pahala-pahala mereka.” (HR Muslim)

HOME LOAN CALCULATOR

Jom Seminar

Showing posts with label Safety. Show all posts
Showing posts with label Safety. Show all posts

Thursday, October 14, 2010

Terkunci Dalam Bilik Air

Salam Semua...

Sabar jelah..
Kali ni aku nak cerita tentang anak bujang aku, pasal Izz. Pada hari ahad 10/Oct/2010, lepas bermandi manda dengan budak sorang nih, aku keluar kejap sebab Izz merengek rengek nak main air lagi. Kesian punya pasal lah aku biarkan dia sorang sorang kat bilik air yang sekangkang kera tu.


Aku pergi dapur kejap nak minum, sambil tu suruh orang rumah tolong settle kan pasal budak bertuah sorang ni. Tengah minum bini aku menjerit pasal pintu bilik air dah terkunci.

Astafirullah Al azimm... tak sampai seminit aku tinggalkan dah pandai buat hal! Ape nak jadik budak sorang nih, terlampau pandai lah ni, pantang tengok orang buat dia nak buat jugak!

Bini aku dah mula membebel macamane nak buka pintu. Emmm.. Macam kesinambungan pulak cerita ni dengan post yang aku buat sebelum ni (cerita ini bukan rekaan). Haha.. Nak kena jadi Mcgiver lagi le nampaknye.

Nasib baik bilik air guna kunci selak jenis plastik, kalau besi/ metal alamatnya kena terajanglah pintu nih. Aku dengar Izz yang dalam bilik air tu nyanyi nyanyi sambil menjirus air. Sukalah tu... Kejap lagi rasakanlah penangan gaban dari aku ni.

Disebabkan pintu bilik air tu ada gap, aku try guna benda tajam untuk tolak selak ke arah pintu. Cari punya cari jumpalah garpu, tapi tak berjaya (rupanya anak aku lock kan selak tu ke bawah supaya kitorang tak boleh tolak ke kiri @ kanan). Bini aku suggest kasik potong itu selak.. Manyak bagus itu idea lor. Aku ambik pisau dan panaskan dulu dengan api supaya senang nak potong nanti.

Bagus kalau gune gergaji.. tapi macamana aku tak teringat masa tuh. Takpelah, tengah menggelabah rembat ajelah apa yang ada depan mata. Akhirnya berjaya jugak kitorang buka pintu dengan perasaan yang sangat menyirap.

Sekarang nih pintu bilik air masih tak dibaiki lagi. Malas!

Pesanan Penaja: Jangan tinggalkan anak kita seorang diri dalam bilik ataupun bilik air. Nanti tak pasal pasal...

Friday, May 21, 2010

Berhati hati dengan Internet Banking

Salam Semua...

Kali ini aku nak bagitau pasal SPAM mail yang aku dapat semalam berkenaan internet banking. Pada bahagian bawah aku klik untuk ke link yang disambungkan. Lihat gambar untuk lebih jelas.

Gambar-gambar dibawah adalah percubaan untuk melihat sendiri perbezaan antara web site internet banking yang betul dan salah. Perhatikan baik-baik dan berwaspadalah dengan email sebegini.
                                                         
Gambar dibawah adalah web site palsu

Thursday, April 29, 2010

Lampu Rumah Automatik ON/OFF...

Salam semua...

Sekarang tengah berkira-kira mana nak dapatkan Automatic Light Sensor Switch bagi kegunaan rumah. Kegunaan sangat berbaloi jika kita selalu outstation atau tinggalkan rumah untuk percutian panjang. Ini salah satu kaedah untuk mengelakkan kejadian pecah rumah, kecurian dan sebagainya.

Cari punya cari dekat internet, jumpalah brand nih. Yang nih branded sikit dan sangat mesra alam.

Suis Timer Automatik DK membolehkan anda tetapkan tempoh lampu dipasang secara automatik.
Terdapat 4 mode masa automatik untuk pilihan anda:
Mode 1- 12 jam menyala. 12 jam padam.
Mode 2- 4 jam menyala. 20 jam padam.
Mode 3- 1 jam menyala. 23 jam padam.
Mode 4- Scene Mode (sesuai untuk 4 gang suis/lampu). 30 minit menyala bergilir untuk setiap lampu. 13 jam padam.

Option lain boleh klik sini. Photocell Sensor..
Emm... harga RM16.00 satu set. Sangat murah dan berbaloi untuk digunakan sebabnya bila waktu gelap seperti hari hujan lampu akan ON, tapi kena pasang sendiri dan boleh beli secara online atau dapatkan dari mana2 kedai elektrik. Gambar seperti dibawah.


Ada juga cadangan dari kawan2 supaya gunakan timer lampu. Mudah untuk pemasangan hanya sambung dekat suis lampu. Suis lampu sentiasa ON, dan ianya boleh di setting selama 24 jam. Tapi harga mahal sikit dari pilihan kedua.

P/S: Jalan pasar ada banyak pilihan...



Monday, April 26, 2010

e-filing LHDN...

Salam semua...

Hari ni (26/Apr/2010) aku dan Firdaus pergi ke Lembaga Hasil Dalam Negeri kat Jalan Duta, KL. Minggu ni adalah  tarikh terakhir untuk kemukan taksiran tahun 2009.

Sudahkah anda? Saya sudah!

Biasalah kalau buat kerja last2 minit nih, ia bagus untuk menguji minda dan kesabaran kononnya...haha.

Ini bukannya kali pertama aku isi e-filing nih, tapi sebab terlupa kata laluan walaupun 2-3 kali cubaan. Penyudahnya, "Kata laluan anda disekat. Sila rujuk ke cawangan terdekat untuk maklumat lanjut". Sabarje lah..

e-Filing adalah satu kaedah menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan secara elektronik melalui Internet.

Mudah sebenarnya..
Aku kan sengal, sepatutnya kliklah kat "Terlupa Kata Laluan". Hehe..

Masa kat LHDN, aku ingatkan ambil masa lama untuk settlekan masalah nih, tapi tidak semuanya berjalan lancar dan mudah untuk berurusan. Dengan jumlah komputer yang banyak serta pegawai yang bertugas ramai dan peramah mempercepatkan lagi kerja2 mengisi borang. Rasa macam tak percaya pulak servis diorang tuh tip top... Thanks to LHDN (Promote skit).

Bab kene bayar cukai nih mesti ada yang marah2... tak terkecuali aku sendiri.

Contoh ayat biasa kita dengar;

1. Aku tak pahamlah camner aku kena bayar cukai tapi kau tak kene, padalah gaji aku sikit dari kau!... Mungkin anda tak bayar zakat kot.

2. Kerajaan dah takde duit ke nak amik duit aku nih. Aku bukannya keje gomenpun!... Ooops!! No comment!

3. Haiya.. itu goverment aaa! memang tak mau kasik kita kayye lor! @#$**^&? nang butinang..koi butikoi!... Ooops!!

4. Ahhh.. Malaslah aku nah declare, bukannya kena samanpun!

5. I Ok ape! isi jer borang, tapi rasenya tak kene cukai coz I kan banyak tanggungan!

6. Apsal lembab sangat nternet nih! camnerlah nak isi borang!..

Dan macam2 lagilah kerenahnya..  Tapi kalau menipu masa isi formpun boleh tahan jugak. Semuanya sebab nak elakkan dari kena bayar cukai...

Banyak sangat alasan..

Tepuk dada tanya selara..

Rujuk sini untuk ke e-borang.

Friday, March 26, 2010

Tips for car accident

Salam...

This can help you if you're involved in car accident:
  1. Calm down, don't panic, park at emergency lane and turn on emergency signal lamp ..
  2. Check if you're injured or not
  3. Call any friend or relative and inform the matter.
  4. Contact car insurance. 


Others tip pick this link

Tuesday, February 23, 2010

Rompak Guna Telur Ayam!

Salam...




Kepada semua pemandu tidak kira anda lelaki atau wanita... berhati-hatilah ketika memandu terutama waktu malam atau di lebuh raya. Ikuti kisah dibawah untuk renungan dan peringatan kepada semua.




Ni aku ada dengar satu cerita. Nak kata baru tu tak jugak lah. Cuma sekadar peringatan buat kita semua, supaya sentiasa berhati-hati walau di mana kita berada.

Kisah ni terjadi sewaktu member kepada member aku ni, Mat Hassan (bukan nama sebenar) sedang memandu di Lebuhraya Kesas dekat Plaza Tol Puchong menuju ke Kajang 23 Disember 2007 lalu lebih kurang jam 11 malam.

Dia bersama isterinya Tipah (juga bukan nama sebenar), pulang dari makan malam di rumah adiknya di Bandar Sunway. Kemudian, sebuah motosikal memotongnya. Si pembonceng tiba-tiba melempar
dua biji telur ayam ke arah cermin hadapan (windscreen) kereta Mat Hassan. Habis kotor cermin tu, sampai susah nak tengok depan.

Mat Hassan yang terus ter-refleks, tariklah spray wiper. Apalagi terus hilang pandangan hadapan! Langsung tak nampak apa-apa. Mana taknya, telur tu bila diratakan dengan bilah wiper, makin memutih la kat atas cermin tu dengan sebati dan sekata lagi....

Terus Mat Hassan berhenti mengejut di lorong kecemasan. Dia pun keluar dari kereta, lap kesan telur tadi. Tipah pulak cemas je dalam kereta.

Tiba-tiba sebuah Proton Satria berhenti belakang kereta Mat Hassan. 3 orang lelaki sasa keluar dari kereta terus meluru ke arah Mat Hassan dengan pedang Samurai sebilah seorang sambil menempik menyuruh diorang serah diri - bagi kunci kereta, wallet, dan handset.

Nasib baik laa, nak dijadikan cerita, Mat Hassan ni polis. Polis apa, aku pun tak tau (member aku tak citer pun). Terus dia keluarkan revolver dia dan melepaskan 2 das tembakan kecemasan amaran ke udara.

3 lelaki tadi terus lari lintang pukang, melompat masuk macam orang gila, ke dalam kereta dan terus blah, dengan lajunya, dengan tak bagi isyaratnya... Mat Hassan pun terus call bantuan, dan mereka akhirnya selamat. Kesan telur pecah jer tak sempat nak lap lagi.

Modus operandi sebegini sebenarnya dah banyak digunapakai di lebuhraya. Mangsa yang dituju biasanya golongan perempuan - lebih lagi yang bawak anak kecil kat belakang.

Jadi, tolonglah kita sama-sama kena ingat. Bila perkara sebegini berlaku kepada anda, pastikan:

1. Jangan sesekali tarik spray wiper.
2. Teruskan memandu dengan apa jua keadaan pun, ke mana-mana stesen minyak, balai polis, 7-Eleven, atau mana sahaja tempat tumpuan orang ramai.

Tolong pesan sekali kepada semua ahli keluarga, sedara mara dan rakan-rakan Pandulah dengan selamat, wallahu a'lam.

P/s: Kadang-kadang bila kita dengar banyak cerita macam ni, kita akan jadi lebih berhati-hati. . Bila perkara yang seumpama ini berlaku pada kita, kita akan jadi lebih alert dan tindakan kita akan jadi lebih proaktif dan berkesan.


Sumber dipetik dari sini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...