“Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk, maka baginya ada pahala yang sama dengan pahala orang yang mengikutinya dan tidak dikurangi sedikitpun juga dari pahala-pahala mereka.” (HR Muslim)

HOME LOAN CALCULATOR

Jom Seminar

Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Thursday, March 10, 2011

Terkunci Dalam Bilik Air...Lagi

Salam...

Agak lama tak update blog bukan tak ada/cukup masa, tapi tak tau nak cerita apa dan sibuk dengan hal2 dunia.
"Demi massa. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan melakukan amal sholih dan saling menasihati dalam kebenaran, dan saling menasihati dalam (menetapi) kesabaran.” "
[ al-Ashr [103]: 1-3 ]

Dah lari tajuklah pula. hehe...
Last weekend dalam jam 10 malam kot, aku capai tuala untuk ke bilik air. Baru je aku tanggalkan seluar, dah ada pengikut nak join sekali, sapa lagi kalau bukan anak kesayangan aku, Izz. 

"Abah...icut! icut!" Sambil cakap tangan dia terus tarik seluar dengan muke tersenyih, manalah tau kalau kalau dapat join sekali. "Abah nak beraklah, jangan kacau!". Terus aku masuk bilik air dan kunci. Budak ni kalau dah masuk bilik air payah sikit nak keluar. 

Korang bolah agaklah kali ni sapa yang terkunci. Haha (mengirap gile aku).. Budak ni guna kereta mainan dia dan panjat untuk kunci bilik air dari luar. Umur baru masuk 2 tahun dah pandai nak tunjuk act.

Mujur bini aku tak tido lagi kat ruang tamu dengan sikecil, Hasanah. Kalau tak, alamatnya sampai ke pagilah aku tidur dalam bilik air. Bila bini aku bukak pintu, dia  boleh pulak ketawa bagai nak pecah perut, padahal dah separuh mati aku jerit jerit macam orang gila. Sabarjerlah!

Kesinambungan;
Episod lalu kliksini

Thursday, October 14, 2010

Terkunci Dalam Bilik Air

Salam Semua...

Sabar jelah..
Kali ni aku nak cerita tentang anak bujang aku, pasal Izz. Pada hari ahad 10/Oct/2010, lepas bermandi manda dengan budak sorang nih, aku keluar kejap sebab Izz merengek rengek nak main air lagi. Kesian punya pasal lah aku biarkan dia sorang sorang kat bilik air yang sekangkang kera tu.


Aku pergi dapur kejap nak minum, sambil tu suruh orang rumah tolong settle kan pasal budak bertuah sorang ni. Tengah minum bini aku menjerit pasal pintu bilik air dah terkunci.

Astafirullah Al azimm... tak sampai seminit aku tinggalkan dah pandai buat hal! Ape nak jadik budak sorang nih, terlampau pandai lah ni, pantang tengok orang buat dia nak buat jugak!

Bini aku dah mula membebel macamane nak buka pintu. Emmm.. Macam kesinambungan pulak cerita ni dengan post yang aku buat sebelum ni (cerita ini bukan rekaan). Haha.. Nak kena jadi Mcgiver lagi le nampaknye.

Nasib baik bilik air guna kunci selak jenis plastik, kalau besi/ metal alamatnya kena terajanglah pintu nih. Aku dengar Izz yang dalam bilik air tu nyanyi nyanyi sambil menjirus air. Sukalah tu... Kejap lagi rasakanlah penangan gaban dari aku ni.

Disebabkan pintu bilik air tu ada gap, aku try guna benda tajam untuk tolak selak ke arah pintu. Cari punya cari jumpalah garpu, tapi tak berjaya (rupanya anak aku lock kan selak tu ke bawah supaya kitorang tak boleh tolak ke kiri @ kanan). Bini aku suggest kasik potong itu selak.. Manyak bagus itu idea lor. Aku ambik pisau dan panaskan dulu dengan api supaya senang nak potong nanti.

Bagus kalau gune gergaji.. tapi macamana aku tak teringat masa tuh. Takpelah, tengah menggelabah rembat ajelah apa yang ada depan mata. Akhirnya berjaya jugak kitorang buka pintu dengan perasaan yang sangat menyirap.

Sekarang nih pintu bilik air masih tak dibaiki lagi. Malas!

Pesanan Penaja: Jangan tinggalkan anak kita seorang diri dalam bilik ataupun bilik air. Nanti tak pasal pasal...

Thursday, July 22, 2010

My Baby Picture..

Salam..

Ini gambar terbaru anak kami yang kedua, Nor Izni Hasanah. Gambar diambil oleh member opis aku, katanya kalau ade sesape berminat nak guna kepakaran dia bolehlah contact..
Harga boleh runding..


Klik Sini untuk maklumat lanjut..

Friday, June 18, 2010

Anugerah Illahi

Salam...

Alhamdulillah syukur... ungkapan pertama selepas berjaya orang rumah bertarung nyawa untuk melahirkan bayi kami yang kedua.. NUR IZNI HASANAH itulah namanya..




NUR IZNI HASANAH BINTI FARIZAL (cahaya, kebenaran, yang baik), puteri pertama kami, zuriat kedua dan adik Muhammad Izz Haris.

Tarikh lahir: 6 Jun 2010 (Ahad) 23 Jamadil Akhir 1431
Masa lahir : 9.23 pagi
Tempat lahir: PPUKM, Cheras
Berat : 3.15 kg
Panjang : 48 cm
Ukurlilit kepala : 34 cm



Tuesday, June 1, 2010

5S@home


Salam Semua..

Video ini adalah rakaman yang aku ambil semalam. Tengoklah telatah anak aku yang sorang nih...

harap-harap esok dah besar jadi budak rajin... Insya'Allah...

Wednesday, May 12, 2010

Chickenpox @ Cacar Air...

Salam Semua...

Hari Selasa minggu lepas  anak aku Izz Haris, tak sihat sebab kat badan die timbul bintik bintik merah dan kitorang pergi klinik permaisuri, Cheras. Doc kata dia kena chicken pox atau cacar air dan dapat ubat anti-viral untuk elakkan dari terus merebak..
Sebenarnya anak aku terkena jangkitan ni daripada budak-budak yang mak mentua aku jaga kat rumah. Dah 2 orang yang kena, jadinya anak aku yang ketigalah. Aku ingat chickenpox nih tak berjangkit...

Gambar Hiasan

Kesian anak abah...
Emm..Yang bagusnya Izz tak demam cuma merengek sikit-sikit. Inya'Allah sikit hari lagi baiklah tuh..

Kat bawah ni ada cerita sikit pasal chickenpox untuk panduan korang yang aku ambil dari internet...
---------------------------------------------------------------------------------------------------

Chicken pox juga dikenali sebagai cacar air, jintungan atau bertih (mengikut dialek daerah).
Ia disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan amat mudah berjangkit. Ia
berlaku pada semua peringkat umur, biasanya pada kanak-kanak. Ia lebih teruk sekiranya
berlaku kepada orang dewasa. Rebakan adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada
orang dijangkiti. Rebakan juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti
pada pakaian atau tuala dari penghidap chicken pox.
Pengidap chicken pox boleh merebakan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan
boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping.
Kayap (herpes zoster) ialah infeksi dari virus yang sama dan berlaku pada di masa hadapan
(umur dewasa).

Tanda dan Gejala
Pengidap chicken pox akan mengalami demam dengan bintik-bintik merah pada kulit.
Kawasan bintik-bintik merah melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh
tubuh. Ruam chiken pox akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku.
Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh
mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi
air pecah ia menjadi kering dan berkeruping. Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan
pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut.

Gejala lain ialah sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan
terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair dua hari sebelum bintik-bintik
merah timbul.

Komplikasi
Ruam atau cacar air Chickenpox akan berkurangan dalam jangka masa 2 minggu dan
biasanya tiada komplikasi. Adakala penyakit boleh jadi teruk walaupun pada kanak-kanak
yang sihat dan mengakibatkan komplikasi teruk termasuklah kematian. Kumpulan berisiko
untuk jangkitan serta mendapat komplikasi teruk:

• Bayi baru lahir, di mana ibu tidak penah mengidap chicken pox atau pelalian chicken pox.
• Ibu mengandung menyebabkan kesan pada bayi dalam kandungan seperti tak cukup berat
dan kecacatan anggota boleh berlaku. Sekiranya ibu mengidap chickenpox seminggu sebelum
kelahiran, ia boleh menyebabkan jangkitan serius serta membahayakan nyawa pada bayi.
• Orang yang lemah atau kurang daya tahan akibat penyakit lain seperti HIV, barah sumsum
tulang (leukaemia) dan pesakit kanser dalam rawatan kemoterapi. Orang yang mengambil
steroid berpanjangan pesakit asma dan sindrom nefrotik.
• Penghidap sakit radangan kulit (inflammation eczema).

Komplikasi akibat chicken pox:
• Jangkitan kulit- menjadi lebam merah, bengkak dan sakit. Dehidrasi akibat muntah
berterusan atau tidak minum air. Tanda dehidrasi ialah kurang kencing, mulut kering dan
dahaga.
• Kerosakan otak akibat radangan otak. Tanda-tanda radangan otak ialah sakit kepala teruk,
keliru, mudah marah, leher keras dan belakang mengeras serta tidak sedarkan diri.
• Radang sendi- sendi menjadi sakit, kejang dan bengkak
• Jangkitan paru-paru (Pneumonia)- tanda-tanda seperti batuk, susah bernafas, pernafasan
berbunyi (wheezing) dan sakit dada.

Rawatan
1. Ubatan anti-viral :
Acyclovir atau immuno globulin diguna untuk merawat chicken pox. Rawatan amat
berkesan sekiranya diambil segera dalam tempoh 24 jam dijangkiti. Ia akan
mengurangkan keterukan dan komplikasi akibat chicken pox. Semua orang dewasa
mendapat kebaikan dari rawatan antiviral di awal penyakit terutama yang kurang
sistem daya tahan (orang lanjut usia, pesakit diabetes, pengidap HIV& AIDS serta
rawatan steroid).

2. Rawatan antibiotik
Komplikasi akibat chicken pox ; radangan kulit dan radangan paru-paru memerlukan
rawatan antibiotik. Pesakit yang mendapat radang otak hendaklah dimasukkan ke
hospital untuk rawatan antivirus.

3. Rawatan di rumah
• Sapu losyen calamine.
• Ubatan antihistamin kurangkan gatal-gatal
• Panadol untuk demam

Pencegahan
Pelalian memberi ketahanan sepanjang hayat, diberi pada umur 12-18 bulan. Pemberian
pelalian- bawah umur 13 tahun terima hanya 1 dos, selepas umur 13 tahun. 2 dos, selang
masa 4-8 minggu antara dos 1 dengan dos 2. Pelalian aktif diberi kepada kanak-kanak
berisiko (antara 1- 5 tahun) sekiranya ahli keluarga ada chiken pox. 


Thursday, April 29, 2010

Lampu Rumah Automatik ON/OFF...

Salam semua...

Sekarang tengah berkira-kira mana nak dapatkan Automatic Light Sensor Switch bagi kegunaan rumah. Kegunaan sangat berbaloi jika kita selalu outstation atau tinggalkan rumah untuk percutian panjang. Ini salah satu kaedah untuk mengelakkan kejadian pecah rumah, kecurian dan sebagainya.

Cari punya cari dekat internet, jumpalah brand nih. Yang nih branded sikit dan sangat mesra alam.

Suis Timer Automatik DK membolehkan anda tetapkan tempoh lampu dipasang secara automatik.
Terdapat 4 mode masa automatik untuk pilihan anda:
Mode 1- 12 jam menyala. 12 jam padam.
Mode 2- 4 jam menyala. 20 jam padam.
Mode 3- 1 jam menyala. 23 jam padam.
Mode 4- Scene Mode (sesuai untuk 4 gang suis/lampu). 30 minit menyala bergilir untuk setiap lampu. 13 jam padam.

Option lain boleh klik sini. Photocell Sensor..
Emm... harga RM16.00 satu set. Sangat murah dan berbaloi untuk digunakan sebabnya bila waktu gelap seperti hari hujan lampu akan ON, tapi kena pasang sendiri dan boleh beli secara online atau dapatkan dari mana2 kedai elektrik. Gambar seperti dibawah.


Ada juga cadangan dari kawan2 supaya gunakan timer lampu. Mudah untuk pemasangan hanya sambung dekat suis lampu. Suis lampu sentiasa ON, dan ianya boleh di setting selama 24 jam. Tapi harga mahal sikit dari pilihan kedua.

P/S: Jalan pasar ada banyak pilihan...



Thursday, March 11, 2010

Cerita Panas...Kes kene Terjah!

Salam semua...


Aku saje nak letak tajuk sensasi supaya korang teruja nak baca entry aku kali nih. haha...

Ni adalah aksi-aksi anak aku yang sekarang nih tak boleh duk diam, ade jer bende nak dibuat walhal berjalanpun belum pandai lagi.. Sian.. sabar yer.
Gambar Pertama: 
Izz mensasarkan target untuk mencapai makanan di atas meja yang nampak menyelerakan. Dengan berlapikkan kusyen memudahkan lagi kerja memanjat. 


Gambar Kedua:
Pandang belakang dulu sebelum panjat, check line clear ker tak. Emm cam tau jer buat salah.
Opss! kantoi, abah nampak.

Gambar Ketiga:
Dah kantoi..Dengan muke selambe dan tak rase bersalah boleh plak nak sound sound abah die. Payah nau bebudak zaman skang nih!

Rasulullah saw bersabda : 
" Ajarilah anak-anak kecilmu kalimah Laa ilaaha illallah sewaktu ia mulai berbicara dan tuntunlah mereka untuk membaca Laa ilaaha illallah sewaktu menghadapi kematian."

Juga...
"Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar."
(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64 : 15)


Thursday, February 11, 2010

Fraser Hill Trip

Salam...

Last weekend (6/Feb-7/Feb/2010) kitorang pergi ke Fraser Hill jalan-jalan makan angin sambil melihat panorama alam yang mengasyikkan!. Tujuan aktiviti ini diadakan untuk merapatkan hubungan kitorang yang sentiasa sibuk bekerja.. haha tipu!

Kitorang bergerak dari rumah bazi dalam kol 10 pagi dekat ngan ulu yam.. sesaje nak ikut jalan yang adventure skit..baru terase syok! 
Sampai atas sane dalam pukul 12 tengahari (kot).. Emm suasana sungguh nyaman, sejuk dan selesa.. Sangat sesuai untuk percutian berkumpulan atau inginkan keamanan..peace!!! 
  
Setelah agak penat sebab jalan raya yang berliku-liku dan ade yang pening-pening  langau dan perutpun terase lapar, kitorang lepak jap kat bandar Fraser hill.. (yang ader jam tuh!), pastuh check-in kat rumah penginapan (TM Resort_Sponser by isteri Aidil ) dan makan tengahari yang dibawa bekal dari rumah..Jimat giler aaarr!!

Antara aktiviti yang kitorang buat adalah sesi photography bersama family, paddle boat kat Allen's water, memanah (juara Zaidi-poyo), naik kuda, bbq sebelah malam (nyum nyum),  bermain karom sampai sakit jari (korang rase permainan karom nih asal dari mane? Malaysia? yeke!), berkelah di tepi sungai (Jeriau Waterfall).. pendek kata korang pergi baru korang tau!

Gambar yang sempat aku post sempena kenangan indah kami di Fraser Hill..
Semuanye gambar diambil dan diedit oleh firdaus, si Cameraman. Korang boleh click kat gambar untuk  saiz lebih besar.. Promote  nih!  /http://qberphotography.weebly.com/



Gambar yg first tuh time nak balik dari rumah penginapan kami kat TM Resort

 Pose istemewa sebelum memanah.. Wachaa!

Kereta kesayangan!.. hebatlah konon!
BBQ ayam, sosej, otak-otak, kentang bakar...
Emmm sungguh menyelerakan!!

Hana_ anak Aidil tengah menunggang kuda mainan

Pose maut dari penulis jalanan..Macho siut!!

Gaya model kecil si Zia Zara_anak Zaidi di tepi pokok bunga..So kiut!

P/s: Bile nak buat next trip?

Friday, January 29, 2010

Mandi Kolam..

Nih gamba-gamba anak aku tengah  pose mase kitorang pegi kat rawang bandar tasik puteri, rumah kakak ipar... 
Tarikhnya tak ingat la plak tapi masu tuh tolong angkat2 barang (pindah umah). Nanti dah ingat semula aku tulislaa.

Rumah (apartment) kakak ipar aku nih ade kolam renang.. time tuhlah kitorang mandi sambil mengedut air kolam. haha..
Sampai kecut kecut tangan Izz Haris, beringus lagi.. mandi dalam 30minit kot!

Bile kitorang angkat die blh merengek-rengek nak masuk semula dalam kolam...
sabajelah...
Hapy family! budak pompuan cute tuh anak buah aku ye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...