“Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk, maka baginya ada pahala yang sama dengan pahala orang yang mengikutinya dan tidak dikurangi sedikitpun juga dari pahala-pahala mereka.” (HR Muslim)

HOME LOAN CALCULATOR

Jom Seminar

Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Friday, January 7, 2011

Potong Kuku

Salam Semua...

Hari ini aku nak kongsi cerita bagaimana menjaga kebersihan ketika memotong kuku. Kaedah yang cukup mudah, selamat dan praktikal. Kaedah ini adalah untuk memastikan tiada serpihan kuku yang terpelanting keluar dan kadang-kadang ianya boleh terkena pada mata atau mungkin masuk ke dalam makanan atau minuman anda. Elakkan!
Caranya seperti dibawah:
1. Balutkan pemotong kuku dengan sealer tape.
2. Potong kuku seperti biasa.
3. Buka balutan sealer tape dan hasilnya...
   TADAAA>>>>>>>>>>>


Selamat Mencuba dan Bersolat Jumaat....

Friday, May 21, 2010

Berhati hati dengan Internet Banking

Salam Semua...

Kali ini aku nak bagitau pasal SPAM mail yang aku dapat semalam berkenaan internet banking. Pada bahagian bawah aku klik untuk ke link yang disambungkan. Lihat gambar untuk lebih jelas.

Gambar-gambar dibawah adalah percubaan untuk melihat sendiri perbezaan antara web site internet banking yang betul dan salah. Perhatikan baik-baik dan berwaspadalah dengan email sebegini.
                                                         
Gambar dibawah adalah web site palsu

Friday, March 26, 2010

Tips for car accident

Salam...

This can help you if you're involved in car accident:
  1. Calm down, don't panic, park at emergency lane and turn on emergency signal lamp ..
  2. Check if you're injured or not
  3. Call any friend or relative and inform the matter.
  4. Contact car insurance. 


Others tip pick this link

Thursday, March 18, 2010

Please Clean Your Tongue..

The surface of your tongue is one of the breeding grounds of the bacteria that attack your teeth and gums.
The bacteria and fungi that grow on the tongue are related to many common oral care and general health problems. 
In addition, decaying bacteria produce volatile sulphur compounds on the rear of the tongue; these molecules are the main cause of halitosis, or bad breath. Fortunately, cleaning your tongue can make all the difference (that is, of course, if you also brush and floss twice a day). 


To clean your tongue, brush the entire surface with a clean toothbrush, applying light pressure from the back of the tongue to the front. Alternatively, take a good length of floss and wrap each end around your middle fingers. Apply downward pressure with your index fingers and drag the floss from the back to the front of your tongue several times. Rinse the floss in between scrapings. or you can use a tongue cleaner (also called a tongue scraper) is an oral hygiene device designed to clean the bacterial build-up, food debris, fungi, and dead cells from the surface of the tongue. Tongue cleaners lift and remove these materials from the tongue surface. The tongue cleaner should be used before using tooth brush in the morning, and not after.

Source from here 

Friday, March 12, 2010

Download MP3 Percuma... Semua Ada!

Salam semua,


Kepada:

Rakan taulan
Sahabat handai
Jiran tetangga
Ibu- ibu
Bapak-bapak.
Siapa yang mahu bantu tolong aku
Lalalalalala....

Klik sini atau sini untuk download MP3 percuma...
Terhangat dipasaran!
Baik punya!

Tuesday, February 23, 2010

Rompak Guna Telur Ayam!

Salam...




Kepada semua pemandu tidak kira anda lelaki atau wanita... berhati-hatilah ketika memandu terutama waktu malam atau di lebuh raya. Ikuti kisah dibawah untuk renungan dan peringatan kepada semua.




Ni aku ada dengar satu cerita. Nak kata baru tu tak jugak lah. Cuma sekadar peringatan buat kita semua, supaya sentiasa berhati-hati walau di mana kita berada.

Kisah ni terjadi sewaktu member kepada member aku ni, Mat Hassan (bukan nama sebenar) sedang memandu di Lebuhraya Kesas dekat Plaza Tol Puchong menuju ke Kajang 23 Disember 2007 lalu lebih kurang jam 11 malam.

Dia bersama isterinya Tipah (juga bukan nama sebenar), pulang dari makan malam di rumah adiknya di Bandar Sunway. Kemudian, sebuah motosikal memotongnya. Si pembonceng tiba-tiba melempar
dua biji telur ayam ke arah cermin hadapan (windscreen) kereta Mat Hassan. Habis kotor cermin tu, sampai susah nak tengok depan.

Mat Hassan yang terus ter-refleks, tariklah spray wiper. Apalagi terus hilang pandangan hadapan! Langsung tak nampak apa-apa. Mana taknya, telur tu bila diratakan dengan bilah wiper, makin memutih la kat atas cermin tu dengan sebati dan sekata lagi....

Terus Mat Hassan berhenti mengejut di lorong kecemasan. Dia pun keluar dari kereta, lap kesan telur tadi. Tipah pulak cemas je dalam kereta.

Tiba-tiba sebuah Proton Satria berhenti belakang kereta Mat Hassan. 3 orang lelaki sasa keluar dari kereta terus meluru ke arah Mat Hassan dengan pedang Samurai sebilah seorang sambil menempik menyuruh diorang serah diri - bagi kunci kereta, wallet, dan handset.

Nasib baik laa, nak dijadikan cerita, Mat Hassan ni polis. Polis apa, aku pun tak tau (member aku tak citer pun). Terus dia keluarkan revolver dia dan melepaskan 2 das tembakan kecemasan amaran ke udara.

3 lelaki tadi terus lari lintang pukang, melompat masuk macam orang gila, ke dalam kereta dan terus blah, dengan lajunya, dengan tak bagi isyaratnya... Mat Hassan pun terus call bantuan, dan mereka akhirnya selamat. Kesan telur pecah jer tak sempat nak lap lagi.

Modus operandi sebegini sebenarnya dah banyak digunapakai di lebuhraya. Mangsa yang dituju biasanya golongan perempuan - lebih lagi yang bawak anak kecil kat belakang.

Jadi, tolonglah kita sama-sama kena ingat. Bila perkara sebegini berlaku kepada anda, pastikan:

1. Jangan sesekali tarik spray wiper.
2. Teruskan memandu dengan apa jua keadaan pun, ke mana-mana stesen minyak, balai polis, 7-Eleven, atau mana sahaja tempat tumpuan orang ramai.

Tolong pesan sekali kepada semua ahli keluarga, sedara mara dan rakan-rakan Pandulah dengan selamat, wallahu a'lam.

P/s: Kadang-kadang bila kita dengar banyak cerita macam ni, kita akan jadi lebih berhati-hati. . Bila perkara yang seumpama ini berlaku pada kita, kita akan jadi lebih alert dan tindakan kita akan jadi lebih proaktif dan berkesan.


Sumber dipetik dari sini

Friday, February 12, 2010

Sambungan: Petua Awet Muda...

Salam...

Maaf, lambat nak post pasal petua nih.. Ade yang tanye kat aku camner nak nampak muda dari umur sebenar.. Aku dah 30+ tahun. kenapa tak percaye ker?Sebenarnya akupun tak tau..hahah padan muke korang!

Setakat yang aku tau dan aku buat adalah:
Jangan busuk hati dan jangan pendam lame-lame nanti jiwa kacau: Kalau boleh lepas 2-3 hari korang maafkanlah org tuh..Senang jer!
Sentiase senyum pada semua (ikut tempat dan masa): Kang tak pasal-pasal kene lempang kalau tak kena cara.
Minum air kosong atau air suam 1-2 cawan bila bangun tido: Yang nih aku kurang buat, coz malas nak mencari cawan.
Makan ulam-ulaman: Aku biasa makan ulam raja dan daun pegaga. Lelain ikut citerasa.
Badan kene maintain: Jangan gemuk sangat!
Solat...Sendiri mau ingat aa!

Itu ajelah yang aku boleh share kat korang.. lain-lain petua korang boleh carik kat internet. Atau kalau malas tengok link kat bawah, lebih kurang same kan!sini

Friday, January 29, 2010

Petua Awet Muda...

Salam..

Korang mesti tertanye tanye apsal lak nak amik tau pasal petua mua nih?
Buang mase jer…hehe
Dengar dulu cite sensasi aku nih!

Mase aku pegi satu seminar kat area kl (tempat dirahsiakan), diorang tanye camner muka aku nampak muda walhal dah masuk 30 lebih..mungkin badan aku kecik kot.
Tuh baru satu cite..

Lagi satu... emm... ape yek !
Korang rase camner..

Disebabkan aku nih terperasan mude dari yg sepatutnye, maka aku bagitau ler kat diorang ngan korang skali rahsianye.

Nanti lah aku bgtau korang..
Jumpe lagi!

Thursday, January 28, 2010

Wednesday, January 27, 2010

Tuu diaa...

Salam

ni haa die...
aku dah attached video D'carbo kat kete aku.
korang tgklah kalu tak percaya.

So, kete aku dah lebih 60,000km, dalam 2-3 hari baru terase power dari sebelum nih.


ape korang punye pendapat..nak try ker tak?

korang tryler...

P/s: sape sape nak ode D'carbo blh contact membe aku.
tgk link die..
http://cucutokawang.blogspot.com/2010/01/dcarbo.html


se yaa!

Monday, January 25, 2010

Kisah Benar..

Kisah Benar

Cerita ini adalah benar-benar terjadi kepada aku dan empat rakanku yang sama- sama menghadapi saat-saat cemas dan haru biru. Ikutilah ceritaku ini untuk dijadikan tauladan buat mereka yang benar-benar ingin berubah...

Ceritanya begini...

Pada tanggal 22/Jan/2010 bersamaan pada hari Jumaat yang mulia itu, selepas waktu kerja kira kira jam 6petang, bendalah tu mesti dimasukkan juga ke dalam badan aku menggunakaan jampi serapah... eiii seram!!. Tanpa disangka-sangka petang itu hujan turun dengan lebat membasahi permukaan bumi yang diselangi guruh dan kilat saling sabung menyabung (betul ker ayat aku nih) antara satu sama lain.


Sementalah hujan yang tidak menunjukkan akan reda bak kata pepatah bagai manunggu bulan jatuh ke riba, kami berlima iaitu aku, Zaidi, Aidil, Syazwan dan Anwar (bukan name tipu) berpakat untuk meneruskan juga perancangan kami yang telah lama terbengkalai untuk membuang roh jahat (low pickup) dalam badan (kete Gen2) aku. Jantung berdegup kencang dup dap dup dap... apabila sang ketua En. Aidil memberi isyarat tangan tanda untuk memulakan kerja, ibarat tamatnya larian 100meter dalam pagar.

Dengan berat hati akupun menghembuskan satu tiupan (stat ketelaa) ke arah badan (kete Gen2) aku (ade bau petai ni!), dengan harapan tiada aral melintang yang akan mengganggu konsentrasi kitorang nanti. Setalah itu sang ketuapun membuka satu saluran (vacuum hose) pada (ruang enjin) untuk memasukkan benda ajaib (D'carbo) yang telah dijampi mentera selama 3 hari 3 malam (ye ker!)... Sambil tuh korang nyanyilah lagu ’3 malam’ dendangan datuk siti dengan kumpulan 2bye2. Tujuan memasukkan bendalah (D'carbo) ni adalah untuk memulihkan semangat yang hilang (mencuci carbon yang terhasil didalam ruang enjin).

Arakian lamanya menunggu dalam dalam 3minit begitu, kami berpandangan sesama sendiri sambil membisu seribu bahasa. Dalam kepala otak mencongak-congak apa akan terjadi pada badan (kete Gen2) aku. Sang ketua arahkan aku untuk menekan-nekan (padel minyak) untuk membuang roh jahat (asap) itu keluar dari melalui ruang keluar (ekzos). Sabar menanti, itulah yang hanya kami mampu...

Tiba-tiba dalam minit yang ke 5 kot.. maka keluarlah roh jahat (asap) perlahan-lahan macam cite aladin dan lampu ajaib sambil si Anwar sikecoh tu menjerit-jerit ’Tekan! Tekan!’... (padel minyak) untuk lebih kerap dan pantas...

So. Korang tengok jelah vidoe kat bawah nih... dah naik kematu tangan aku nak menulis cerita seram sejuk nih!

p/s... Aku tak pandailah nak upload video nih. Sesape tlg ajarkan. Pls…

D'Carbo, DiCaprio... Ape tuh?

Salam...
 

Korang tau tak ape mendelahnye  D'Carbo, DiCaprio... nih??
aku sendiripun tak tau. yg aku tau DiCaprio ni adalah singkatan nama pelakon hollywood  Leonardo DiCaprio  dalam cite Titanic.. dah tgk cite tuh? emm bg yg jiwang sukelah..

Tapi D'Carbo tu ape die? ........
so nak senang cite korang tgklah dlm blog kawan aku nih
http://cucutokawang.blogspot.com/2010/01/dcarbo.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...